Pengendali Felda, Irfan Bakti memuji kelibat pemainnya ketika menewaskan Sarawak 2-0 pada Sabtu dan mahu momentum kemenangan itu berterusan dalam aksi Liga Super selepas ini.

Felda tampak berjaya mengekalkan disiplin dalam permainan mereka sepanajgn 90 minit perlawanan biarpun diasak hebat skuad Bujang Senang yang beraksi dihadapan penyokong sendiri.

Bagi Irfan kemenangan ini sedikit sebanyak mampu menebus kekecewaan seri dan tewas kepada Selangor sebelum ini.

"Ini satu kemenagnan manis bagi pemain-pemain saya untuk meneruskan momentum untuk berdepan Sime Darby kerana dalam dua perlawanan sebelum ini kita sepatutnya mengutip 3 mata tapi inilah bola sepak jadi saya gembira akan kemenangan malam ini," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts akur dengan keputusan 2-0 itu dan akui berdepan pasukan yang lebih mencabar selepas ini.

"Kami akan berdepan Terengganu dan Pahang dilaman lawan, rekod kami ketika ini ditempat lawan tidak berapa bagus jadi kami perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada setakat ini," katanya.

Felda United ketika ini menghuni tangga kelima Liga Super dengan 21 mata 6 mata dibelakang pendahulu Pahang Sarawak pula berada di tangga ke 9 liga dengan 13 mata.