KUALA LUMPUR: Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 kerana disyaki terbabit dalam perjanjian antipersaingan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail, siasatan pasukan khas MyCC mendapati kelima-lima syarikat terbabit dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam pada awal tahun 2020 sehingga pertengahan tahun 2022.
"MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima perusahaan kerana telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) seperti berikut:
"Syarikat pertama Dindings Poultry Development Centre Sedn Bhd, FFM Berhad, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan Pk Agro-Industrial Products (Malaysia) Sdn Bhd," jelasnya.
Tambah Iskandar, siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
"MyCC sebagai badan separa kehakiman secara awalnya melalui keputusan cadangan mendapati perusahaan tersebut telah melanggar Seksyen 4 akta Persaingan 2010, dengan memasuki perjanjian antipersaingan atau amalan bersepadu, dalam menaikkan kuantum harga makanan ayam yang mengandungi kacang soya dan jagung sebagai bahan utamanya di antara awal tahun 2020 sehingga pertengahan tahun 2022.
"Melalui penetapan harga pada harga kuantum yang sama, yang menyebabkan kenaikan yang sama dalam kalangan perusahaan, pilihan pembeli dalam memilih pembekal makanan ayam pilihan mereka yang menawarkan harga terbaik menjadi terhad," katanya lagi.
Mengulas lanjut, jelas Iskandar, tindakan berkenaan berpotensi menghasilkan sebuah landskap antipersaingan dalam rantaian bekalan industri ayam.
Malah makanan ayam, ujarnya, merupakan penyumbang utama dalam kos penternakan ayam iaitu kira-kira 72.8 peratus daripada jumlah kos keseluruhan.
"Oleh itu, apabila persaingan dimanipulasikan dalam pasaran makanan ayam, keseluruhan bekalan rantaian dalam industri akan terjejas. Pengguna yang berada di hujung rantaian ini adalah yang paling terjejas.
"Memandangkan penemuan MyCC melalui keputusan cadangan adalah dapatan awal hasil penyiasatan, maka tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan yang telah disebutkan tadi telah melanggar undang-undang pada peringkat ini.
"Lima perusahaan itu kini mempunyai peluang untuk mengemukakan reprentasi mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan cadangan itu disampaikan kepada mereka, dan dalam hal ini, ia disampaikan pada hari ini," katanya lagi.
Kelima syarikat pengisar makanan itu tambahnya, boleh memilih membentangkan representasi mereka secara lisan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Jika didapati bersalah jelasnya, tindakan seperti penalti kewangan boleh dikenakan terhadap syarikat berkenaan.
"Setelah mendengar dan mempertimbangkan representasi bersama bukti yang dikumpulkan dalam proses penyiasatan, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir sama ada terdapat pelanggaran atau tiada pelanggaran dibawah Akta 712.
"Sekiranya terdapat pelanggaran, MyCC akan mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia oleh perusahaan perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran itu.
"Selain daripada penalti, MyCC juga boleh mengenakan arahan tertentu yang dianggap wajar," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat MyCC di ibu negara pada Jumaat.
Fareez Azman
Fri Aug 05 2022
Apabila persaingan dimanipulasikan dalam pasaran makanan ayam, keseluruhan bekalan rantaian dalam industri akan terjejas. Pengguna yang berada di hujung rantaian ini adalah yang paling terjejas. - Gambar fail/Astro AWANI
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras
MyCC berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada KPB Oktober lepas, menyatakan kesediaan untuk berbincang.
Eksklusif: 'Pemilik syarikat kahwin 4 demi bina empayar kartel bida projek kerajaan'
Lebih 500 syarikat kini berada di dalam radar Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai membentuk 'kartel' untuk membida tender projek kerajaan.
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
Kartel makanan ayam: Kes terbesar MyCC, peringatan kepada pemain industri
Beliau menegaskan bahawa banyak pihak penguat kuasa terlibat bagi mengesan dan memantau aktiviti kartel dalam industri.
Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat
Syarikat-syarikat berkenaan dikenakan penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
Bekalan dan harga ayam terkawal - MyCC
Bekalan dan harga ayam didapati terkawal walaupun selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam, menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan MyCC dalam kes MAS, AirAsia
Hakim Abang Iskandar memerintahkan MyCC membayar MAS dan AirAsia masing-masing sebanyak RM50,000 sebagai kos.
MyCC bantah kenaikan yuran guaman pindah hak milik
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membantah kenaikan yuran guaman melibatkan pemindahan hak milik ketika rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
MyCC gagal dapat kebenaran merayu dalam kes Grab Holdings
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Shopee digesa beri maklum balas aduan perkhidmatan penghantarannya - MyCC
Susulan aduan tersebut, MyCC telah mengadakan perjumpaan dengan pengendali platform beli-belah dalam talian itu pada 19 Oktober.