RANAU: Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai hampir 50 peratus setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sejumlah 401 daripada 622 tapak 5G yang dirancang di Sabah juga telah berjaya disiapkan.
Bagi rangkaian 4G pula, Fahmi berkata liputan jalur lebar mudah alih 4G sudah mencapai lebih 90 peratus di kawasan berpenduduk di negeri itu dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 43.76Mbps sehingga suku kedua tahun ini.
"Sebanyak 4,229 daripada 4,281 stesen pemancar yang dirancang untuk dinaik taraf kepada rangkaian 4G telah disiapkan, manakala 52 lagi stesen masih dalam pelaksanaan," katanya ketika berucap pada program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Lohan di sini, hari ini.
HBK adalah inisiatif berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi mempromosi PEDi sebagai usaha membudayakan elemen pendigitalan dan pendidikan khususnya dalam kalangan rakyat selain platform menyebarkan maklumat mengenai bantuan dan perkhidmatan disediakan oleh rakan strategik.
Mengulas mengenai pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah, Fahmi berkata fasa satu pembangunan projek itu menunjukkan pencapaian memberangsangkan.
Menurut Fahmi sebanyak 186 daripada 631 menara komunikasi baharu yang dirancang untuk didirikan menerusi projek itu telah disiapkan, manakala bagi 445 lagi menara komunikasi baharu masih dalam pelaksanaan.
Beliau berkata JENDELA yang merangkumi dua fasa pembangunan dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesalinghubungan dan perkhidmatan Internet berkualiti untuk manfaat rakyat termasuk bagi tujuan pendidikan, kesihatan dan ekonomi.
Sementara itu, Fahmi berkata sejumlah 118 PEDi telah dibangunkan dan beroperasi di Sabah setakat ini, dengan 14 lagi PEDi baharu akan didirikan di negeri itu tidak lama lagi sebagai usaha memperkasa aktiviti dan membangun kemahiran masyarakat setempat khususnya di luar bandar.
Fahmi berkata kemudahan Internet disediakan di PEDi seluruh negara mampu menggalakkan masyarakat menceburi bidang perniagaan secara dalam talian menerusi platform e-dagang.
Inisiatif itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa masyarakat menerusi transformasi digital, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mewujudkan sebuah masyarakat madani yang maju, terampil dan terangkum.
"Justeru, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amatlah penting dalam memastikan aspirasi untuk merapatkan jurang digital dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (kiri) ketika menyampaikan ucapan pada Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Dewan Serbaguna Kampung Lohan hari ini. -- Foto Bernama
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
12 samseng jalanan Taiping ditahan polis
Seramai 12 lelaki ditahan dan 57 buah motosikal disita dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth, dekat batu 5, Changkat Jering di sini pada awal pagi Ahad.
[TERKINI] Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan
Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan pada Ahad.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Perak fokus bangun liputan 5G di tiga kawasan industri
Kawasan terbabit melibatkan Proton City di Tanjung Malim, projek kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian dan Silver Valley di Gopeng.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.
Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.
Liputan 5G di Sabah capai hampir 50 peratus - Fahmi
Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai hampir 50 peratus setakat 30 Sept lepas.
Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 - Ahmad Zahid
Kerajaan sasar untuk memastikan 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini, mendapat liputan 5G pada pertengahan tahun depan.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB
Rangkaian itu kini mencapai 15 juta penduduk melibatkan 3,900 tapak dan bakal capai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksana sepenuhnya.
40 lokasi di Melaka dijangka terima liputan 5G September ini
Pelaksanaan rangkaian 5G oleh K-KOM melalui DNB itu akan diperluas melalui penggunaan perabot jalan seperti tiang lampu jalan.
Kerajaan sasar 80 peratus liputan 5G menjelang 2026
Kerajaan mensasarkan 80 peratus kawasan di seluruh negara akan menerima capaian liputan 5G menjelang 2026.