PORT DICKSON: Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini, menurut Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya.
Beliau berkata projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang giat dilaksanakan di negeri itu menerusi 27 menara baharu dengan 11 menara telah beroperasi manakala bakinya dijangka siap secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
"Bagi pelaksanaan rangkaian 5G di negeri ini, 225 daripada 233 tapak siap beroperasi tertumpu d daerah Seremban dan Port Dickson," katanya ketika berucap pada program advokasi dan jangkauan Kampung Orang Asli (KOA) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli dan Pengarah MCMC negeri Md Tahir Musa.
Dalam pada itu Bukhari berkata selari dengan perkembangan rangkaian internet, pelbagai program kesedaran advokasi dan pematuhan dijalankan bersama pihak berkuasa dalam membanteras isu keselamatan dan jenayah siber.
Bukhari berkata inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) dan Malaysia ICT Volunteer (MIV) dilaksanakan MCMC bertujuan memberi pendidikan, meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan serta menerapkan hubungan murni di alam maya.
Menerusi program advokasi dan jangkauan hari ini, 200 penduduk KOA Bukit Kepong diberikan taklimat mengenai keselamatan siber, usahawan dan etika dalam talian bagi mengalakkan pengguna mengamalkan sikap positif ketika menjalankan urusan dalam talian.
Penduduk juga diberikan pendedahan mengenai kaedah membuat aduan mengenai kualiti liputan telekomunikasi di kawasan masing-masing.
Bukhari berkata program itu bakal diteruskan di KOA Tekir, Seremban pada 12 Sept depan dan KOA Tohor, Jelebu pada 17 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini. - Gambar hiasan/Google Map
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Liputan 4G di Perak capai 97 peratus setakat suku kedua tahun ini - Exco
Status liputan 4G di Perak setakat suku kedua tahun ini mencapai 97.38 peratus, kata Exco negeri, Mohd Azlan Helmi.
Belanjawan 2023: Liputan internet fokus utama KKD
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memberi fokus utama terhadap kepada kerja menaik taraf dan meningkatkan pencapaian Internet di seluruh negara, menerusi peruntukan Belanjawan 2023.
339 tapak 5G di Sarawak dijangka beroperasi sepenuhnya hujung tahun 2023
Kerajaan telah mengenal pasti dan sedang menyiapkan sebanyak 339 tapak di Sarawak bagi penyediaan akses perkhidmatan 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB).
Kerajaan sasar 1,400 kampung terima liputan internet menjelang tahun 2024
Kerajaan memberi sepenuhnya komitmen untuk memastikan lebih 1,400 kawasan perkampungan di seluruh negara menerima liputan internet menjelang tahun 2024.
Kerajaan sasar 80 peratus liputan 5G menjelang 2026
Kerajaan mensasarkan 80 peratus kawasan di seluruh negara akan menerima capaian liputan 5G menjelang 2026.
Tragedi pelajar maut cari liputan internet dapat perhatian Menteri Komunikasi
Tragedi yang menimpa seorang pelajar perempuan yang maut akibat dilanggar lari ketika sedang mencari liputan internet di Julau Isnin lalu, mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Pelajar ikuti PdPR di bangsal usang: Kerajaan Terengganu, SKMM naik taraf capaian Internet
Langkah yang dilaksanakan itu bagi membantu pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih sempurna.
Pantau, cakna elak insiden jambatan gantung runtuh berulang
Jambatan gantung sangat sinonim dengan masyarakat Sabah khususnya masyarakat yang tinggal di pedalaman yang masih bergantung terhadap terhadap penggunaannya bagi tujuan aktiviti harian dan ekonomi.
JENDELA beri liputan internet lebih baik buat rakyat luar bandar, pedalaman Sabah - Saifuddin
Anak muda menggunakan pelbagai platform digital dan situasi akibat COVID-19 menyebabkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat meningkat.