KUALA LUMPUR : Satu kemalangan membabitkan sebuah lori pembawa kereta dilaporkan berlaku di Kilometer 263.1 (arah selatan) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Seremban ke Port Dickson.

Berdasarkan perkongsian Twitter Plusline, setakat jam 11.22 pagi tadi, kesesakan berlaku di sepanjang lapan kilometer arah selatan sementara trafik dilaporkan perlahan sepanjang empat kilometer arah utara.

Difahamkan berdasarkan status terkini, lorong kanan dan lorong tengah masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengguna berkongsi video dan foto kesesakan di kedua-dua hala.


PLUS turut menasihatkan orang ramai untuk merrancang perjalanan serta mematuhi arahan pengawal dan papan tanda trafik di lokasi.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak memperlahankan kenderaan anda semata-mata untuk melihat kemalangan di arah bertentangan dan memberi fokus pada pemanduan.