KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), Malaysia Airlines dan Firefly, akan menawarkan penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha, bermula dari 23 Jun hingga 6 Julai, 2023.
MAG dalam satu kenyataan semalam berkata ia akan menambah 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan menaik taraf 12 perkhidmatannya kepada pesawat Airbus 330 bagi laluan Kota Kinabalu dan Kuching.
"Sementara itu, Firefly akan menawarkan enam penerbangan tambahan antara Kota Bharu dan Subang dan Pulau Pinang ke Langkawi semasa tempoh perjalanan puncak ini," katanya.
"Kami menggalakkan pengembara untuk memanfaatkan tawaran hebat ini dan menempah perjalanan mereka lebih awal, supaya mereka boleh melakukan perjalanan dengan tenang menggunakan khidmat penerbangan Malaysian Hopitality," kata Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi.
Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh melakukan perjalanan dengan mudah semasa musim perayaan melalui diskaun menarik yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tersebut untuk semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih mulai semalam hingga 19 Jun 2023, untuk perjalanan segera sehingga 30 Nov, 2023.
Pada masa yang sama, ia berkata, Firefly menawarkan potongan tambang 18 peratus bagi ahlinya dan 16 peratus bagi bukan ahli, tersedia mulai semalam hingga 18 Jun 2023, untuk perjalanan segera sehingga Dis 31, 2023, bersempena meraikan ulang tahunnya yang ke-16.
"Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan diskaun tambahan 16 peratus untuk pemilihan tempat duduk, bagasi berdaftar, peralatan sukan dan insurans perjalanan dalam tempoh ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023
MAG menggalakkan pengembara memanfaatkan tawaran hebat yang disediakan dan menempah penerbangan lebih awal supaya mereka boleh melakukan perjalanan dengan tenang. - Foto malaysiaairlines.com
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur - Sibu sempena CNY
Hasil perbincangan MoT dan Batik Air Malaysia, kapasiti akan ditambah dengan menawarkan penerbangan tambahan pada 6 dan 7 Februari 2024.
MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.
527 penerbangan tambahan diluluskan menjelang Aidilfitri
MOT menjelaskan kelulusan ini adalah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan yang diluluskan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
MAVCOM lulus 316 penerbangan tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 25 lagi penerbangan tambahan bagi laluan domestik sempena Tahun Baharu Cina bermula esok hingga 31 Jan ini.
291 penerbangan tambahan diluluskan untuk Tahun Baharu Cina
Penerbangan tambahan yang diluluskan itu melibatkan Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.
Tahun Baharu Cina: Syarikat penerbangan perlu mohon penerbangan tambahan ke Sarawak
Permohonan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pertimbangan.
AirAsia tawar penerbangan tambahan, tambang tetap untuk balik kampung
Sempena musim perayaan Aidilfitri dan Pesta Menuai tidak lama lagi, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menambah penerbangan lewat malam dengan tambah rendah tetap.