Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melawat Palestin bagi mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara.
Pada majlis memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Isnin, Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah menyampaikan jemputan itu bagi pihak Abbas.
"Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan," katanya.
Najib turut hadir pada majlis makan tengah hari sempena sambutan hari perpaduan antarabangsa itu yang juga disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush.
Abdullah kemudian menyampaikan ucapan penghargaan rakyat Palestin terhadap sokongan yang ditunjukkan oleh Malaysia.
"Hari Perpaduan ini telah terbukti menandakan kebangkitan terhadap ketidak adilan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Undi yang dibuat Khamis lepas di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai status rakyat Palestin menjadi bukti terhadap kesedaran dunia.
Dalam pada itu, Anifah berkata Malaysia telah terus berdiri teguh dan sejajar dalam menyokong perjuangan Palestin dan tercapainya penyelesaian komprehensif terhadap konflik berdasarkan Peta Jalanan Kuartet dan usul Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel dan Palestin hidup bersama sebelah-menyebelah dalam aman dan selamat.
Beliau berkata Peringatan Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tahun ini lebih bermakna kerana Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan draf resolusi pada 29 Nov dalam usaha Palestin menjadi sebuah negara bukan anggota bertaraf pemerhati di Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Malaysia dan 137 buah negara lain menyokong penuh usaha Palestin itu. Kami mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan Palestin dan rakyatnya di atas pencapaian mercu tanda ini.
Bernama
Tue Dec 04 2012
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PRN: 300,000 penyokong 'Bossku' tidak akan undi BN - Syed Muhammad Imran
Dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri, pada 12 Ogos depan.
Ashman, anak bongsu Najib dan Rosmah bertunang
Ashman bertunang dengan gadis pilihan hati iaitu Nikola Mulyadi.
Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.
"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi
-Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri."
Langgar SOP: "YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya" - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tun M perli Ahli Parlimen berdepan kes mahkamah berucap panjang di Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kumpulan itu lebih mementingkan ucapan di Dewan Rakyat, berbanding menghadiri penghakiman di mahkamah.
Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
Berikut adalah antara berita yang menjadi perhatian sepanjang bulan Julai.
Isu Felda: Lebih banyak nama muncul dalam siasatan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa FELDA.
Zeti berhak ambil tindakan guaman terhadap Najib
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhak ambil tindakan guaman terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai dana RM2.6 bilion.
Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.