KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata bagi memastikan program ditawarkan dapat memberikan kesan yang optimum, ATAM akan melaksanakan program penerapan jati diri dengan memberikan penekanan ketika fasa pemilihan peserta.
"Kejayaan dan keberkesanan program adalah elemen penting diberikan perhatian oleh ATAM agar tujuan dan maksud penubuhannya akan tercapai," katanya dalam kenyataan.
MAIPs dalam kenyataan memaklumkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada Mohd Nazim bersempena Majlis Santapan Tengah Hari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau, pada Rabu.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Menurut kenyataan itu, ATAM ditubuhkan oleh MAIPs dengan matlamat untuk melaksanakan program khas ke arah melahirkan asnaf berdikari melalui pelbagai latihan dan penempatan pekerjaan selain melaksanakan program bimbingan keusahawanan kepada asnaf di Perlis.
"Sejak dijenamakan pada 2017, pelbagai program latihan dalam bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan kemahiran dilaksanakan oleh ATAM yang telah memberikan manfaat kepada lebih 1,300 asnaf melalui program latihan dan penempatan pekerjaan dan pelbagai lapangan bidang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
MAIPs memaklumkan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan kepada Mohd Nazim bersempena Majlis Santapan Tengah Hari Aidilfitri di Balai Bankuasi Istana Arau. - Foto MAIPs
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden.
MAIPs peruntuk RM8.9 juta untuk bantuan persekolahan 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis peruntukkan RM8,920,800 bagi bantuan persekolahan 2024 kepada anak-anak golongan asnaf di seluruh Perlis.
Permohonan MAIPs untuk beri pendidikan asas Islam kepada tiga kanak-kanak mualaf ditolak
Menurut Hakim, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan MAIPs tidak mempunyai merit.
KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh - Pemangku Raja Perlis
Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu lebih agresif bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek memenuhi syarat mencapai status universiti penuh.