KUALA LUMPUR: Lebih separuh daripada individu berusia bawah 18 tahun yang menyertai kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata mereka menemui secara bersemuka dengan orang yang mereka kenali dalam talian.
Ketua Perlindungan Kanak-Kanak UNICEF Malaysia Sarah Norton-Staal berkata kajian 'Our Lives Online' yang dijalankan di Malaysia, melibatkan 127 kanak-kanak, turut mendedahkan dua daripada lima kanak-kanak melalui pengalaman dalam talian yang mereka enggan ceritakan kepada sesiapa.
"Aktiviti ini membawa banyak risiko, antaranya (dapatan kajian) baik kanak-kanak lelaki mahupun perempuan dilapor menerima pesanan, gambar dan video berunsur seksual daripada individu tidak dikenali melalui media sosial.
"Ini adalah fakta membimbangkan yang perlu diketahui, anak-anak kita menghadapi risiko dan ancaman ini semasa dalam talian," katanya pada Forum Keselamatan Siber ASEAN bersempena Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2021 secara maya hari ini.
Laporan itu merupakan kajian berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak di Asia Timur, menumpukan pada empat negara iaitu Kemboja, Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Penyelidikan itu menggabungkan pengalaman 301 kanak-kanak merentasi empat negara tersebut termasuk 121 kanak-kanak jalanan dan pelarian, yang dikumpulkan melalui satu siri perbincangan kumpulan fokus dan program penyertaan.
Katanya UNICEF bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara, serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menyokong serta memperkasa ibu bapa dalam melindungi anak mereka daripada bahaya yang ada dalam talian.
"Ibu bapa wajar menimbang mengehadkan masa anak mereka berada dalam talian, namun mereka boleh berhubung dengan anak mereka menerusi dalam talian sebagai satu pengalaman bersama.
"Mereka (ibu bapa) perlu memahami apa yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada dalam talian, mungkin boleh sertai mereka. Paling penting ialah ibu bapa ambil tahu tentang kelakuan anak mereka semasa dalam talian," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata sudah tiba masanya agensi berkenaan bekerjasama seiring dengan UNICEF untuk membangunkan pelan tindak bagi melaksanakan Deklarasi ASEAN mengenai Perlindungan Kanak-Kanak daripada semua bentuk Penderaan dan Eksploitasi Dalam Talian di peringkat kebangsaan.
Beliau berkata antara agensi tersebut ialah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan KPWKM.
CYDES 2021 bertemakan 'Embedding Resilience Within Our Cyberspace' dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan NACSA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Aktiviti ini membawa banyak risiko, antaranya (dapatan kajian) baik kanak-kanak lelaki mahupun perempuan dilapor menerima pesanan, gambar dan video berunsur seksual daripada individu tidak dikenali melalui media sosial. - Gambar hiasan
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.