BARCELONA: Malaysia kini menduduki tangga teratas di peringkat global dalam Skor Konsistensi 5G, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata Malaysia juga melakar kejayaan setelah memperoleh skor cemerlang 94.5 peratus dalam Indeks Pembangunan ICT 2023.
Menerusi laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), skor ini menjangkau purata global sekali gus membolehkan Malaysia berada di kedudukan ke-15 peringkat global dan ke-3 di rantau Asean.
“Hingga penghujung 2023, 8.4 juta premis telah memperoleh akses internet berkelajuan gigabit dan purata kelajuan jalur lebar amat membanggakan iaitu mencecah 178.1Mbps dan liputan rangkaian di kawasan berpenduduk mencatatkan 97.07 peratus.
‘’Satu lagi kejayaan pelaksanaan 5G Malaysia ialah menerusi penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) untuk mempercepat proses pelaksanaan 5G dan hasilnya, Malaysia mencatatkan 80.2 peratus liputan rangkaian di kawasan berpenduduk,’’ katanya.
Tambahnya lagi, Malaysia bersedia untuk beralih kepada model dwirangkaian dan memacu inovasi serta meningkatkan prestasi rangkaian mudah alih.
‘’Ini mencerminkan Malaysia terbuka untuk menerima teknologi baharu dan memupuk persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan,’’ ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pavilion Malaysia yang membuat penampilan sulung di Mobile World Congress 2024 (MWC 2024), Barcelona, di sini. .
Penyertaan Malaysia di MWC 2024 diketuai Fahmi sendiri, dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak sebagai agensi pelaksana.
Bertemakan “Accelerating A Connected Tomorrow”, Pavilion ini membuka peluang untuk Malaysia menyerlahkan komitmen dan ketersediaan sebagai hab inovasi dalam sektor komunikasi.
Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani yang menumpukan bidang strategik utama dan tidak terhad kepada penyelesaian 5G bertaraf dunia, percubaan lapangan termaju 5G serta pembangunan bakat dalam industri komunikasi.
Astro Awani
Mon Feb 26 2024
Fahmi merasmikan Pavilion Malaysia di MWC 2024 bersama Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin (kiri).- Foto/ Kementerian Komunikasi
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Malaysia layak berada pada kedudukan teratas skor ketekalan 5G - Presiden Ookla
Malaysia memperoleh skor 97.27 peratus diikuti Utara Macedonia pada 94.06 peratus dan Emiriah Arab Bersatu pada 93.88 peratus.
MWC2024 dimanfaat dalam usaha pertingkat kadar penerima gunaan 5G negara - Fahmi
MWC2024 akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor PMKS.
Rakan dialog ASEAN berminat sokong pelancaran 5G Malaysia
Ramai rakan dialog ASEAN berminat untuk menyokong pelancaran teknologi 5G di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.
Annuar Musa perbaharui kerjasama telekomunikasi Malaysia-Indonesia
Skop kerjasama yang bakal diperluas termasuk teknologi 5G, perkhidmatan satelit, kabel dasar laut, keselamatan siber, ekonomi digital dan pembangunan kandungan.
Tiada apa disembunyikan dalam tender teknologi 5G - Annuar Musa
Proses tender tersebut dibuat secara terbuka bermula April lepas dan penilaian dibuat kepada 14 buah syarikat pembekal rangkaian internet.
Kerajaan sasar harga 5G lebih murah daripada 4G - Annuar Musa
Kalau dibuat lelongan atau pendekatan borong spektrum, harga yang dibayar itu akan disalurkan kepada pengguna, kata Annuar.
'Berdebat isu 5G, tapi banyak kawasan hanya ada 3G, 4G sangkut' - Syed Saddiq
Beliau cadang kerajaan memberi tekanan kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan rangkaian internet diperluas dan diperhebat.
Teknologi 5G: DNB tidak guna dana kerajaan - Annuar
Setakat ini kos untuk projek tersebut berjumlah RM16.5 bilion dengan RM11 bilion berasaskan tender dimenangi Ericson dan selebihnya adalah kos-kos lain yang terlibat.
Teknologi 5G: Kerajaan akan pantau harga perkhidmatan, rakyat tidak akan terbeban - Annuar
Kerajaan akan memastikan beban kos yang tinggi tidak dikenakan kepada rakyat, kata Annuar Musa.
MCMC akan kawal selia, pantau DNB
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengawal selia serta memantau Digital Nasional Berhad (DNB) menerusi peruntukan yang berkaitan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.