KUALA LUMPUR: Masyarakat seharusnya tidak perlu merasa takut untuk mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian.
Menurut Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ts Dr Rusli Abdullah, kepentingan untuk menghidupkan teknologi dalam kehidupan perlu digalakkan sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran diri individu.
Katanya lagi, teknologi Ai tidak hanya tertumpu kepada penggunaan perisian Chatbot seperti ChatGPT atau Google Bard semata-mata.
Sebaliknya, AI, jelas beliau boleh diterokai penggunaannya lapangan ekonomi seperti sektor pertanian, perniagaan dan pengangkutan.
"Terutama dalam konteks upskilling, maknanya harini kita tahu dalam konteks AI, mungkin kita boleh tahu dalam konteks ChatGPt atau chatbot, mungkin esok kita boleh lihat dalam konteks yang lain.
"Misalnya AI dalam pertanian, dapat membantu kita dalam pertanian (Smart Farming), lihat juga dalam konteks pengangkutan, perniagaan dan sebagainya. Itu yang pertama dari segi peningkatan kemahiran," kata beliau dalam program AWANI Pagi pada Sabtu.
Ditanya berkenaan keperluan untuk mewujudkan satu garis panduan dan perundangan khusus terhadap teknologi ini, beliau menyifatkan perundangan yang komprehensif perlu diadakan untuk mengawal penggunaannya secara bertika.
Malah, katanya lagi, perundangan yang menyerap elemen teknologi AI juga diyakini dapat mengelakkan isu-isu terkait jenayah teknologi ini di masa akan datang.
"Saya boleh katakan ya (perundangan teknologi AI), kita perlukan satu perundangan yang agak komprehensif, dia dapat cover elemen-elemen yang kita nyatakan ataupun kita anggap di luar jangkaan, sebagaimana yang disebutkan tadi tentang ChatGPT boleh bercakap dalam berbagai bahasa, kita melihat dari segi hak cipta, dari segi IPR (Intellectual Property Right)," katanya.
Fahmi Izuddin
Sat Jan 20 2024
Kepentingan untuk menghidupkan teknologi AI dalam kehidupan perlu digalakkan sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran diri individu.- Gambar fail
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Adobe Project Music GenAI Control jana audio yang boleh dikawal lebih terperinci
Muzik boleh dijana menggunakan satu sampel yang dimasukkan dan diberi arahan untuk ubah genre muzik tadi.
Ahli Parlimen cadang tubuh jawatankuasa kaji teknologi AI, perbaiki prestasi dalam PISA
Syahredzan berkata, pengenalan teknologi AI boleh menyebabkan beberapa cabaran antaranya termasuk pelanggaran hak cipta dan harta intelek.
Malaysia bakal teroka kaedah baharu termasuk teknologi AI atasi banjir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pendekatan itu dilihat berkesan dalam menangani isu bencana alam terutama dalam tempoh jangka panjang.
WEF24: Akses teknologi AI harus inklusif kepada semua negara
Meskipun AI berpotensi menyelesaikan cabaran global, namun ia juga berisiko melebarkan lagi jurang digital sedia ada dan mungkin mewujudkan kesenjangan baharu.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Kefahaman jelas bantu rakyat terima teknologi AI
Ketidakfahaman masyarakat kepada konteks sebenar kepentingan teknologi itu mencetus kepada persepsi AI sebagai musuh.
Pengguna Android bakal nikmati ChatGPT sebagai pembantu sistem peranti
Pengguna Android mungkin tidak lama lagi boleh menggunakan ChatGPT sebagai pembantu sistem peranti pada telefon pintar.
Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.