PORT DICKSON: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit di kebun sayur di Kampung Jimah Lama di sini pada Khamis.
Mangsa, Md Abdul berusia 40-an, merupakan pekerja kebun sayur ditemui terbaring oleh penyelianya dengan kesan melecur pada bahagian dada.
Jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, berkata, sebaik saja diberitahu kejadian itu oleh penyelia kebun berkenaan, dia bergegas melihat keadaan mangsa.
"Saya tengok mangsa dah tak sedarkan diri dengan bahagian dadanya terdapat kesan melecur yang dipercayai disebabkan renjatan elektrik dan berhampirannya terdapat wayar pengecas telefon.
"Saya terus menghubungi bomba dan polis untuk melihat keadaan mangsa dan pegawai perubatan yang tiba ke lokasi mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, mangsa kemungkinan terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas telefon menggunakan wayar pengecas yang basah.
Tambahnya, mangsa tidak mempunyai keluarga di negara ini dan merupakan seorang lelaki yang baik selain rajin pergi ke masjid.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 17 2022
Mangsa ditemui maut terbaring dengan dengan wayar pengecas telefon bimbit berhampirannya. -Foto Ihsan pembaca.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik
Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7.
Remaja maut terkena renjatan elektrik
Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7 di sini pada Isnin.
Nelayan maut terkena renjatan elektrik
Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan
Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di George Town Pulau Pinang.
Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah
Hasrat seorang lelaki untuk menyiapkan aras atas rumahnya yang dibina sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik.
Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh
Penemuan itu adalah hasil siasatan pihak suruhanjaya selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'
Diana Ismail mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.
Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik
Kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 14 tahun itu merupakan pekerja gerai berkenaan.
Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian
Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di Thailand.
PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen
Suruhanjaya Tenaga menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri diadakan.