BEAUFORT: Remuk hati seorang suami apabila menemui isterinya dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan tetakan pada anggota badan di kawasan belukar ladang kelapa sawit, Kampung Ulu Bambangan, Membakut, dekat sini pada Isnin.
Mayat wanita warga Filipina berusia lingkungan 30-an itu ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan tangan kanan hampir putus, kesan kelar pada leher dan luka di bahagian dahi kanan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang ketika turun bekerja di ladang sawit tempatnya bekerja.
"Mayat mangsa ditemui oleh suaminya sendiri selepas seluar hitam milik mangsa ditemui di kawasan kebun kelapa sawit tersebut.
"Ahli keluarga berusaha mencari mangsa di sekitar penemuan seluar mangsa dan akhirnya berjaya menemui mayat mangsa di belukar berhampiran dengan kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, susulan kejadian itu pemeriksaan dan siasatan segera dilakukan oleh Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah terhadap mayat di lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus, terdapat kesan luka bahagian dahi sebelah kanan dan kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai kesan kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam.
"Hasil siasatan juga berjaya membuat tangkapan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 30 hingga 40-an bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut," katanya.
Tambah beliau lagi, dengan tertangkapnya empat suspek tersebut siasatan diteruskan bagi mengesan suspek lain.
"Empat suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Usaha mengesan suspek lain masih giat dijalankan dengan bantuan Unit Siasatan Khas D9, Unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik JSJ IPK Sabah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 26 2023
Lokasi kejadian mayat mangsa ditemui dengan kesan tetakan di kawasan belukar ladang kelapa sawit, Kampung Ulu Bambangan, Membakut, Beaufort. - Foto Sinar Harian
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon 675-3251506 (waktu pejabat) dan 675-3252076 (selepas waktu pejabat).
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
Dituduh curi wang, warga emas dipukul anak dengan kerusi
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.
Restoran runtuh di Kepulauan Balearic Sepanyol, 4 terkorban
Insiden itu berlaku apabila sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut tenggelam ke tingkat bawah tanah.
Bank Dunia lulus projek AS$40 juta bantu sektor pekerjaan Kemboja
Di bawah Skills for Better Jobs Project, kira-kira 33,000 rakyat Kemboja dijangka menerima latihan untuk meningkatkan kualiti pasaran buruh.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Mayat Navalny diserah kepada keluarga
Tidak dikehatui sama ada pihak berkuasa akan membenarkan majlis pengkebumian untuk Navalny diadakan mengikut kehendak keluarga.
Letupan kilang Puchong Utama: "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur" - Saksi
"Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur," demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.
Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini, semalam, ditemukan lemas.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Taman Tunku, Miri
Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.
Mayat lelaki Singapura dikhuatiri lemas ditemui
Mayat lelaki berusia 49 tahun ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.