Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan menyebarkan berita palsu berhubung suasana politik di Terengganu menerusi media sosial terutama WhatsApp.
Katanya tindakan tidak bertanggungjawab itu yang turut mengaitkan agensi berita nasional Bernama, akan mengelirukan orang ramai sekaligus mengganggu- gugat kestabilan negeri Terengganu, akibat ada yang terpengaruh dengan berita yang tidak sahih itu.
BACA: 'Semua sudah berakhir, saya mahu buat kerja' - Ahmad Razif
"Yang mustahak hari ini, saya difahamkan semua isu ini telah dibuat siasatan oleh pihak polis dan juga SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Jadi saya harap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikesan.
"Saya mahu orang yang bertanggungjawab ini diheret ke muka pengadilan untuk memberi pengajaran supaya tidak lagi berlaku sebarang fitnah dan perkara-perkara yang boleh menganggu kestabilan negeri," katanya.
Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berita palsu bertajuk 'Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu' di sini semalam.
Artikel berkenaan yang tersebar sejak pagi semalam sekali lagi memetik Bernama sebagai sumber dan nama Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah sebagai penulis.
Zalina Maizan menafikan beliau menulis artikel itu dan akan membuat laporan polis serta aduan kepada SKMM.
Dalam pada itu Ahmad Razif menasihatkan orang ramai khususnya rakyat di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan artikel atau sebarang maklumat yang disebarkan menerusi media sosial tanpa mengenal pasti kesahihan berita tersebut.
"Mungkin ada yang tidak senang dengan kestabilan politik yang sedang berlaku di Terengganu. Jadi saya harap orang ramai tidak terpengaruh dengan cerita-cerita sebegini.
"Apa yang penting sekarang ini adalah Terengganu hendak bergerak ke hadapan dan yang penting bagaimana kita nak membangun negeri Terengganu dan rakyat mendapat manfaat daripadanya," katanya.
Pada 11 Mac lalu, Zalina Maizan telah membuat laporan polis berkaitan artikel palsu yang memetik Bernama sebagai sumber bertajuk 'Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu' dan pada 20 April lalu, laporan polis kedua dibuat berkaitan artikel 'PAS Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri'.
Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk 'UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya - Veteran', dan pada 16 Mei mengenai berita bertajuk 'Najib Tangguh Lawatan Rasmi ke Terengganu' dan 'SKMM Tahan Empat Individu Kes Sebar Berita Palsu.'
Bernama
Thu Jun 02 2016
Ahmad Razif diminta mengulas berita palsu bertajuk 'Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu' di sini semalam. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.