Roket Ariane 5 yang membawa bersama satelit MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.

Ia dilancarkan pada jam 6.05 pagi waktu Malaysia tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon, sebelum ini memberitahu MEASAT-3b adalah satelit Malaysia yang paling canggih yang pernah dilancarkan pihaknya.

Ia dihasilkan melalui kerjasama antara MEASAT, Airbus Defence and Space dan Arianespace.

MEASAT-3b dilengkapi 48 transponder Ku-Band berkuasa tinggi bertujuan melebarkan liputan perkhidmatan siaran terus ke rumah (DTU) serta perkhidmatan v-sat meliputi Malaysia, Indonesia, India dan Australia.

Selain MEASAT-3b, roket Ariane 5 turut membawa Satelit Optus 10.