awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Samy Vellu: PM India Narenda Modi zahir rasa sedih, ucap takziah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/09/2022
08:04 MYT
Mengenang Samy Vellu: PM India Narenda Modi zahir rasa sedih, ucap takziah
Samy Vellu merupakan penerima Pravasi Bharatiya Samman yang pertama di Malaysia, iaitu anugerah kerajaan India yang tertinggi untuk tokoh berbangsa India di luar negara itu. - PMO India
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Kerja Raya Tun S Samy Vellu bukan sahaja dirasai segenap lapisan masyarakat di negara ini, khususnya kaum India, bahkan ia juga mendapat perhatian daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Terbaharu dalam laman media sosialnya, Modi berkata, beliau secara peribadi berasa sedih dengan bekas Presiden MIC itu.
Katanya lagi, Samy Vellu merupakan penerima Pravasi Bharatiya Samman yang pertama di Malaysia, iaitu anugerah kerajaan India yang tertinggi untuk tokoh berbangsa India di luar negara itu.
Saddened by the passing away of Tun Dr. S. Samy Vellu, Former Cabinet Minister of Malaysia and the first Pravasi Bharatiya Samman Awardee from Malaysia. Heartfelt condolences to his family. Om Shanti. pic.twitter.com/RkFRSCOTtW
— Narendra Modi (@narendramodi) September 15, 2022
Modi dalam catatannya turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Samy Vellu.
BACA: Mengenang Samy Vellu: Negarawan yang tiada galang gantinya...
Terdahulu Astro AWANI melaporkan, tokoh politik tanah air itu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, di sini, kira-kira jam 8 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi. Difahamkan, mendiang meninggal dunia ketika dalam tidur.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#samy vellu
#Pravasi Bharatiya Samman
#Samy Velly meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan