KUALA SELANGOR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menjelaskan bahawa bidang kuasa untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Beliau berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).
"Sebenarnya bidang kuasa untuk melantik Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah kuasa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, di bawah Akta 481 iaitu kuasa menteri untuk melantik dan menamatkan perkhidmatannya.
"Kadang-kadang kita perlu beri penjelasan kepada rakyat kerana saya difahamkan isu ini berlaku dan ditularkan, dalam surat pewartaan yang dikeluarkan mengatakan ia di bawah bidang kuasa menteri berkenaan, jadi apa-apa penjelasan adalah daripada menteri terbabit," katanya selepas menghadiri raptai perasmian penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.
Mohd Zuki berkata demikian bagi menjawab dakwaan berhubung pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar susulan penularan surat bertarikh 22 Feb berkenaan notis penamatan pelantikannya berkuat kuasa Isnin depan.
Surat berkenaan antara lain memaklumkan penamatan perkhidmatan Ammar itu dilakukan selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481) yang dibaca bersama dengan peruntukan Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menafikan Ammar dipecat daripada jawatan itu, sebaliknya beliau diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah atas faktor kemerosotan prestasi Ammar yang disifatkan beliau sebagai tidak memuaskan, selain tidak mencapai standard ditetapkan walaupun telah beberapa kali dinasihat dan diberikan peluang.
Sementara itu, Mohd Zuki memaklumkan setakat dua hari berlangsungnya Program MADANI Rakyat Zon Tengah, lebih 55,000 pengunjung telah hadir ke program berkenaan dan menjangkakan lebih ramai akan hadir bagi memeriahkan Konsert Showcase Kita Selangor 2024 yang diadakan malam ini.
"Terdapat 163 perkhidmatan yang telah dibawa dalam program ini dan kita boleh lihat sehingga petang, walaupun sudah tutup masih ada pengunjung yang masuk ke kawasan ini dan membuktikan perkhidmatan yang dijalankan terlaksana," katanya.
Mohd Zuki berkata Program MADANI Rakyat yang diadakan di zon tengah ini ialah kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dengan objektif untuk membawa perkhidmatan kerajaan terus secara langsung kepada rakyat.
Beliau turut berkata program ini akan diteruskan di tempat lain yang telah diputuskan mengikut zon iaitu zon utara di Pulau Pinang, zon selatan di Johor dan zon timur di Pahang.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung selama tiga hari dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam itu ialah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481). - Bernama
Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak
Aliff berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
Aliff Aziz 'buka mulut’ isu ditangkap khalwat dengan Ruhainies
Enggan tuding jari pada Bella Astilah yang didakwa menjadi dalang, sebaliknya, anggap itu kesilapan sendiri.
Dana RM30 juta untuk misi sedia program peningkatan kemahiran belia India - Steven Sim
Inisiatif itu akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
HRD Corp peruntuk RM10 juta program kemahiran belia India
Dana RM10 juta yang diperuntuk di bawah HRD Corp bagi pelaksanaan inisiatif Kemahiran India Malaysia (MISI) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)-Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) akan diguna bagi menyediakan program peningkatan kemahiran kepada golongan belia komuniti itu di negara ini
Kekurangan jururawat diunjurkan hampir 60 peratus 2030
Kekurangan jururawat diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dalam menangani isu ini, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Dalam menangani isu ini, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Negara kekurangan 30,000 ribu jurutera - PM Anwar
Malaysia ketika ini berhadapan kekurangan 30 ribu jurutera.
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kelompongan profession itu di negara ini.
Justeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kelompongan profession itu di negara ini.
"I’m sorry" - Aliff Aziz menangis teresak-esak mohon maaf pada Bella Astillah
Aliff Aziz akhirnya bersuara, mengaku salah dengan tindakan yang dilakukannya.
PM yakin kenaikan gaji penjawat awam dapat sokongan Ahli Parlimen
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam lebih 13 peratus, mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen.
Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly
Kerjasama sektor awam dan swasta dapat bantu atasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Delegasi Hamas ke Mesir, teruskan rundingan gencatan senjata
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh sahkan delegasi akan ke Mesir, untuk meneruskan rundingan gencatan senjata dengan Israel
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.
Menteri ada bidang kuasa lantik, tamat perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism - KSN
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).
Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti.
Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada diperingkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
KSU, KP perlu berani tamat perkhidmatan kontraktor berprestasi rendah - KSN
Ketua setiausaha (KSU) dan ketua pengarah (KP) perlu memantau pelaksanaan setiap projek serta berani menamatkan program dan projek tertentu atau perkhidmatan kontraktor berprestasi rendah.
Kementerian, jabatan, agensi patuh arahan baharu kawalan perbelanjaan - KSN
Kebanyakan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan didapati patuh dengan arahan baharu mengenai kawalan perbelanjaan awam yang dikeluarkan pada 18 Okt lepas.
KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.
Kemajuan projek ECRL lebih 48 peratus
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 48.77 peratus sehingga kini, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali.