KUALA SELANGOR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menjelaskan bahawa bidang kuasa untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Beliau berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).
"Sebenarnya bidang kuasa untuk melantik Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia adalah di bawah kuasa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, di bawah Akta 481 iaitu kuasa menteri untuk melantik dan menamatkan perkhidmatannya.
"Kadang-kadang kita perlu beri penjelasan kepada rakyat kerana saya difahamkan isu ini berlaku dan ditularkan, dalam surat pewartaan yang dikeluarkan mengatakan ia di bawah bidang kuasa menteri berkenaan, jadi apa-apa penjelasan adalah daripada menteri terbabit," katanya selepas menghadiri raptai perasmian penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.
Mohd Zuki berkata demikian bagi menjawab dakwaan berhubung pemecatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar susulan penularan surat bertarikh 22 Feb berkenaan notis penamatan pelantikannya berkuat kuasa Isnin depan.
Surat berkenaan antara lain memaklumkan penamatan perkhidmatan Ammar itu dilakukan selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481) yang dibaca bersama dengan peruntukan Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menafikan Ammar dipecat daripada jawatan itu, sebaliknya beliau diturunkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah atas faktor kemerosotan prestasi Ammar yang disifatkan beliau sebagai tidak memuaskan, selain tidak mencapai standard ditetapkan walaupun telah beberapa kali dinasihat dan diberikan peluang.
Sementara itu, Mohd Zuki memaklumkan setakat dua hari berlangsungnya Program MADANI Rakyat Zon Tengah, lebih 55,000 pengunjung telah hadir ke program berkenaan dan menjangkakan lebih ramai akan hadir bagi memeriahkan Konsert Showcase Kita Selangor 2024 yang diadakan malam ini.
"Terdapat 163 perkhidmatan yang telah dibawa dalam program ini dan kita boleh lihat sehingga petang, walaupun sudah tutup masih ada pengunjung yang masuk ke kawasan ini dan membuktikan perkhidmatan yang dijalankan terlaksana," katanya.
Mohd Zuki berkata Program MADANI Rakyat yang diadakan di zon tengah ini ialah kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dengan objektif untuk membawa perkhidmatan kerajaan terus secara langsung kepada rakyat.
Beliau turut berkata program ini akan diteruskan di tempat lain yang telah diputuskan mengikut zon iaitu zon utara di Pulau Pinang, zon selatan di Johor dan zon timur di Pahang.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung selama tiga hari dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam itu ialah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481). - Bernama
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.
Menteri ada bidang kuasa lantik, tamat perkhidmatan Ketua Pengarah Tourism - KSN
Mohd Zuki berkata perkara itu telah dijelaskan dalam Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).
Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti.
Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada diperingkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
KSU, KP perlu berani tamat perkhidmatan kontraktor berprestasi rendah - KSN
Ketua setiausaha (KSU) dan ketua pengarah (KP) perlu memantau pelaksanaan setiap projek serta berani menamatkan program dan projek tertentu atau perkhidmatan kontraktor berprestasi rendah.
Kementerian, jabatan, agensi patuh arahan baharu kawalan perbelanjaan - KSN
Kebanyakan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan didapati patuh dengan arahan baharu mengenai kawalan perbelanjaan awam yang dikeluarkan pada 18 Okt lepas.
KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.
Kemajuan projek ECRL lebih 48 peratus
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 48.77 peratus sehingga kini, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali.