BANGKOK: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar perlu diberi tempoh 'lebih setahun', dan individu yang dilantik tidak semestinya seorang menteri luar.
Beliau berkata ini bagi memastikan duta khas itu mampu menyumbang secara berkesan dalam menamatkan konflik di negara yang diperintah junta itu.
Duta khas itu tidak semestinya seorang menteri luar yang turut bertanggungjawab bagi tugas diplomatik lain, supaya beliau benar-benar dapat memberi lebih tumpuan kepada Myanmar, katanya semasa sidang media pada Rabu.
Pada masa ini, menteri luar negara yang mempengerusikan ASEAN dilantik sebagai utusan khas untuk menjalin kepercayaan dan keyakinan dengan akses penuh kepada semua pihak yang terlibat di Myanmar. Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar sekarang ini ialah Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn.
Pelantikan duta khas itu terdapat dalam Konsensus Lima Perkara (5PC) yang dipersetujui pada mesyuarat khas ASEAN di Indonesia pada akhir April 2021 untuk memulihkan kestabilan di Myanmar tetapi tertangguh selama berbulan-bulan.
5PC menggesa agar keganasan dihentikan serta-merta, mengadakan dialog dengan semua pemegang kepentingan utama, pelantikan utusan khas untuk memudahkan pengantaraan dan untuk delegasi melawat dan bertemu dengan pihak berkepentingan di Myanmar, dan membenarkan ASEAN memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Myanmar.
Sementara itu, Saifuddin berkata ASEAN mungkin mendapatkan sokongan daripada rakan dialognya untuk membantu dalam proses damai Myanmar yang diterajuinya.
"Sesetengah daripada kami mengemukakan kepada mesyuarat bahawa jika ASEAN tidak mampu melakukannya sendiri, maka kami mungkin perlu melibatkan beberapa rakan dialog ASEAN...tetapi persoalannya pihak manakah yang didengari oleh junta," katanya sambil menambah bahawa perkara itu akan dibentangkan semasa mesyuarat pemimpin ASEAN pada November.
Sementara itu, Saifuddin mengulangi bahawa ASEAN perlu melibatkan diri dengan Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) Myanmar.
"Kini ia berat sebelah kerana ASEAN hanya melibatkan junta.
"Itulah sebab mengapa Malaysia berkali-kali mencadangkan kepada duta khas untuk melibatkan NUG dan NUCC dan mewar-warkan kemajuan rundingan kepada umum supaya rakyat Myanmar mengetahui perkembangan semasa," katanya.
Junta Myanmar menggesa anggota ASEAN supaya tidak bertemu kumpulan yang menentang rampasan kuasa, yang digelar sebagai "persatuan yang tidak sah dan kumpulan pengganas".
Minggu lalu, menteri luar dari sembilan daripada sepuluh negara anggota ASEAN memuktamadkan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM-55) dan Mesyuarat Berkaitan selama tiga hari di Phnom Penh, Kemboja, mereka berkata 'sangat kecewa' dengan kekurangan kemajuan dan komitmen junta Myanmar dalam melaksanakan 5PC.
ASEAN akan menilai kemajuan ke arah pelaksanaan 5PC oleh Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) junta pada sidang kemuncak November akan datang untuk memutuskan mengenai langkah seterusnya.
Tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa pada 1 Feb 2021 dan menahan pemimpin yang dipilih Aung San Suu Kyi dan beberapa aktivis politik. Sejak rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Hlaing, sekurang-kurangnya 2,114 orang telah terbunuh di Myanmar dalam kempen untuk menyekat penentangan yang meluas terhadap pemerintahan tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Saifuddin berkata ini bagi memastikan duta khas itu mampu menyumbang secara berkesan dalam menamatkan konflik di negara yang diperintah junta itu.- Gambar fail/BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Palestin hargai sokongan Malaysia
Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Palestin, Riyad Al Malk kepada Mohamad.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi ke Brunei
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan turut mengadakan kunjungan menghadap ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
Mohamad belum jejak kaki ke pejabat baharu sejak dilantik Menteri Luar
Biarpun belum menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baharu, Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.
Hubungan Malaysia-Iran dipertingkat, kerjasama baharu dibentuk libat pelbagai bidang - Zambry
Langkah Malaysia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran menerusi akses pasaran eksport komiditi terus menerima sambutan baik Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi.
Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.
Malaysia pertimbang buka semula kedutaan yang ditutup sebelum ini - Zambry
Malaysia sedia mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat kedutaan di beberapa negara yang sebelum ini terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
Zambry bertemu lebih 80 pesuruhjaya tinggi, duta asing
Ketua-ketua perwakilan mengharapkan Malaysia akan terus aktif dalam menyuarakan setiap pendapat dan pandangan di peringkat global.