Polis menyerbu sebuah stor di Jalan Bagan Jermal di sini semalam dan merampas 25,000 liter minyak diesel subsidi bernilai RM50,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang ACP Roslee Chik berkata hasil maklumat awam dan risikan sejak dua bulan lepas, sepasukan pegawai dan anggota polis JSJK menyerbu stor berkenaan pada pukul 10 malam.
Beliau berkata polis mendapat maklumat sindiket membeli minyak diesel subsidi untuk dijual kepada industri itu menjadikan stor berkenaan untuk menyimpan bekalan mereka sejak setahun lepas.
"Semasa serbuan dilakukan terdapat empat lelaki yang dipercayai anggota sindiket berkenaan sedang memindahkan minyak diesel dari lori ke tong khas yang terdapat di stor tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun itu cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa bagaimanapun gagal berikutan kawasan stor itu telah dikepung polis.
Roslee berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 25,000 liter minyak diesel, sebuah buah lori tangki minyak dan sebuah lori yang telah diubah suai untuk mengisi diesel serta pelbagai peralatan bernilai lebih RM200,000.
"Siasatan awal mendapati sindiket itu membeli minyak diesel dengan kuantiti yang banyak sebelum menyimpan di stor berkenaan dan menjual kepada industri dengan harga lebih murah berbanding harga industri untuk mengaut keuntungan mudah," katanya.
Katanya selain menjual minyak subsidi kepada industri sindiket itu juga dipercayai memproses dan menggunakan kad kredit palsu untuk membeli diesel.
"Semasa serbuan, polis turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan kad kredit palsu. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut dan mengesan dalang sindiket itu," katanya.
Beliau berkata kes itu turut dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Kepenggunaan dan Koperasi negeri kerana memiliki diesel subsidi melebihi jumlah yang dibenarkan
Bernama
Wed Jul 17 2013
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
Pecah masuk kedai, curi: Tiga lelaki dihadapkan di lima Mahkamah Majistret
Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya.
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.
Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.