awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat TUDM: Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/11/2021
03:57 MYT
Nahas pesawat TUDM: Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian
Kapten Mohamad Affendi Bustamy merupakan pemenang Green Endorsement TUDM di atas kepakaran beliau melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan. -Twitter@My_CrimeWatch
BUTTERWORTH: Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk pada Selasa malam merupakan pemenang Green Endorsement menerusi anugerah inovasi TUDM baru-baru ini.
Berdasarkan laporan di portal rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi, 31, dikurniakan anugerah itu sebagai pengiktirafan setelah berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.
Anugerah disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor pada minggu lepas.
Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi terkorban selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pulau Pinang
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas: Seorang juruterbang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin
Dalam kejadian itu, seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Beliau dilaporkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.
BACA: Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti
BACA: Pesawat pejuang TUDM terhempas: Juruterbang cedera berada dalam keadaan stabil
BACA: Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991
Jenazah Kapten Mohamad Affendi turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat pagi ini.
Difahamkan insiden malang itu berlaku ketika kedua-dua mereka sedang melakukan latihan penerbangan malam.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pesawat pejuang TUDM terhempas
Topic Berkaitan
#TUDM
#Mejar Mohd Fareez Omar
#Mohamad Affendi Bustamy
#Green Endorsement TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan