SEBAGAI persiapan untuk menghantar angkasawan ke Marikh, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) membuka permohonan untuk empat individu untuk tinggal selama setahun di Mars Dune Alpha, sebuah fasiliti seluas 1,700 kaki persegi, yang dibina menggunakan teknologi percetakan 3D, terletak dalam bangunan Johnson Space Center di Houston.
Kumpulan sukarelawan berbayar itu akan menjalankan misi eksplorasi Marikh yang disimulasikan, lengkap dengan space walk, komunikasi terhad, kekurangan makanan dan sumber serta masalah kelengkapan.
NASA merancang tiga eksperimen, dengan yang pertama bermula pada musim luruh tahun hadapan.
"Kami ingin memahami bagaimana manusia berfungsi di dalamnya. Kami mahu melihat keadaan sebenar di Marikh, " kata Ketua Saintis, Grace Douglas.
Proses permohonan dibuka pada Jumaat lalu namun ada kelayakan tertentu yang dicari pihak NASA.
Syarat pemilihan sangat ketat, termasuk memiliki ijazah sarjana dalam bidang sains, kejuruteraan atau matematik atau pengalaman sebagai juruterbang.
Hanya warganegara Amerika Syarikat atau penduduk tetap sahaja yang layak, dan pemohon mestilah berumur antara 30 hingga 55 tahun, mempunyai kesihatan fizikal yang baik tanpa masalah diet dan tidak mempunyai masalah mabuk perjalanan.
"Ini bermakna NASA sedang mencari mereka yang hampir sama dengan angkasawan. Lebih baik mencari individu yang menyamai angkasawan sebenar untuk ke Marikh.
"Usaha Rusia dalam misi olok-olok ke Marikh yang disebut sebagai Mars 500, gagal kerana individu yang dipilih adalah mereka dalam kalangan orang biasa," kata bekas angkasawan Kanada, Chris Hadfield.
Malah Hadfield, yang menghabiskan lima bulan di orbit pada tahun 2013 di Stesen Angkasa Antarabangsa, yakin jika individu yang tepat dipilih untuk menyertai program ini, ia akan menjadi pengalaman yang luar biasa untuk mereka.
"Bayangkan berapa banyak filem di Netflix yang boleh dihabiskan. Sekiranya mereka memiliki alat muzik, mungkin mereka akan keluar dari situ sebagai pemuzik yang hebat," katanya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Aug 08 2021
Habitat Mars Dune Alpha yang dibangunkan di Johnson Space Centre, Houston ini menjadi tapak untuk menilai keserasian manusia dalam persekitaran seumpama Marikh. - AP
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Misi UAE ke bulan, Marikh bermula
Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan penyertaannya dalam membangunkan modul di Stesen Lunar Gateway NASA Artemis bagi menjalankan misi kembali ke bulan dan Marikh.
Planet Marikh jadi tempat pembuangan sampah
Setakat ini, manusia telah meninggalkan lebih 6,000 kilogram sampah di Marikh.
Gambar cerun curam dirakam Mars Express di Marikh
Lurah itu sepanjang lebih 3,000 kilometer dan lebar lebih 190 kilometer serta sedalam kira-kira 6.43 kilometer.
NASA dedah imej awan di Marikh
Menurut NASA, bukan satu tugas yang mudah bagi kenderaan tersebut untuk merakamkan imej awan itu.
China keluar video, imej baru setelah mendarat di Marikh
Video menunjukkan perayau Zhurong mendarat di Marikh bersama payung terjun dan turun serta bergerak ke permukaan dataran planet merah itu.
Perseverance NASA berjaya membuat pendaratan bersejarah di Marikh
Kenderaan yang dinamakan Perseverance itu merupakan robotik ketiga yang mendarat di planet merah itu.
Misi kapal angkasa pertama UAE, 'Hope' hampiri Marikh selepas enam bulan
Misi itu akan meneroka planet Marikh dalam dinamik skala harian dan menjelajah kitaran musim Martian yang bersamaan 687 hari di bumi.
Marikh akan capai jarak paling hampir dengan bumi
Marikh akan berada dalam posisi berselisih dengan matahari, dikenali secara astronomi sebagai fenomena pertembungan Marikh dan Matahari.
Misi "Al Amal" ke Marikh akan dilancarkan bulan ini
Misi yang mula diumumkan pada 2014 itu dijangka tiba di planet tersebut tujuh bulan kemudian yang dijangka tiba sekitar Februari 2021.
China lancar roket paling berkuasa menjelang misi ke Marikh
Roket Long March 5 membawa beban satelit ujian, berlepas dari tapak pelancaran Wenchang di pulau selatan Hainan jam 8.45 malam.