KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas berjaya menewaskan Sarawak United FC 3-2 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Beraksi dalam hujan pada awal permainan, Skuad Hobin Jang Hobin berjaya membuka tirai gol pada minit ke-17 selepas Gustavo Almeida dos Santos menanduk masuk sepakan sudut Che Rashid Che Halim.
Tidak lama kemudian skuad kendalian S Balachandran menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan Raja Imran Shah Raja Amin pada minit ke-30.
Bersambung babak kedua Skuad Hobin Jang Hobin sekali lagi menambah jaringan melalui Dos Santos pada minit ke-66 hasil hantaran satu dua bersama Matheus Alves Leandro.
NSFC terus melebarkan jaringan terhasil selepas sepakan sudut yang disempurnakan Leandro pada minit ke-79.
Sarawak United bagaimanapun berjaya merapatkan jurang gol selepas pemain simpanan Nur Shamie Iszuan Amin berjaya meledak gol penutup selepas penjaga gawang NSFC Ahmad Syihan Hazmi Mohamed gagal mendakap kemas bola pada minit ke-85.
Sementara itu, perlawanan di Melaka menyaksikan Kedah Darul Aman FC berpesta gol menundukkan Melaka United 3-0 selepas tuan rumah gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri di Stadium Hang Jebat, Krubong.
Skuad Sang Kancil yang tempang tanpa khidmat pemain import itu dibolosi pasukan pelawat menerusi jaringan pemain import dari Jordan Mahmoud Almardi pada minit ke-13.
Kedah yang terus mengasak kubu tuan rumah pada babak kedua berjaya menambah gol menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-83 sebelum Mahmoud menjaringkan gol ketiga seminit sebelum tamat masa permainan sebenar.
Kekalahan itu menyaksikan Melaka yang mengumpul 17 mata kini berada di tangga kesembilan manakala Kedah naik ke tangga kelima Liga Super dengan 24 mata.
--BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Pemain Negeri Sembilan Gustavo Dos Santos (tengah) dikawal pemain Sarawak United pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. - Foto BERNAMA
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Bencana industri: Pulau Pinang lulus penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana
Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana bagi bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bencana industri.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.