awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OlaBola The Musical dilanjut sehingga 10 Mac

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2019
09:17 MYT
OlaBola The Musical dilanjut sehingga 10 Mac
Tiket untuk menonton OlaBola Musikal boleh didapati di BUYTICKET.ASIA - Foto Enfiniti
Persembahan teater muzikal OlaBola yang berlangsung di Istana Budaya akan dilanjutkan sehingga 10 Mac ini susulan permintaan yang tinggi dari penonton.
Menurut pengarah dan penerbitnya, Puan Seri Tiara Jacquelina, berdasarkan jualan tiket, ada penonton yang menyaksikan OlaBola Musikal lima kali tahun lepas serta kembali lagi menonton sekurang-kurangnya dua kali.
“Mereka berkongsi di laman media sosial betapa mereka sukakan perubahan yang ditampilkan bagi edisi tahun ini terutama tenaga yang diterjemahkan para pelakon,” kata Tiara dalam kenyataan media pada Jumaat.
Pementasan musim kedua muzikal berkenaan turut menarik perhatian tetamu kenamaan negara iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin berkenaan turut memuji persembahan OlaBola Musikal yang difatkan sebagai luar biasa.
“Ini persembahan pentas terbaik di Malaysia pernah saya saksikan,” kata Dr Mahathir selepas menyaksikan persembahan tersebut.
Malah Anwar Ibrahim turut menyifatkan ia setaraf dengan persembahan Broadway Hamilton.
OlaBola merupakan musikal pertama didunia yang menyampaikan penceritaan melalui koreografi bola sepak yang canggih dan menyediakan pengalaman persembahan 360 darjah dan teknologi multimedia terbaik.
Tiket untuk menonton OlaBola Musikal boleh didapati di BUYTICKET.ASIA.
BACA: OlaBola The Musical pementasan teater terbaik di Malaysia - Tun Mahathir
BACA: Magis tersendiri OlaBola Musical
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#bola sepak
#Broadway Hamilton
#Harimau Malaysia
#Istana Budaya
#Mahathir Mohamad
#OlaBola Musical
#Tiara Jacquelina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan