Seorang operator loji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pekan kerugian kira-kira RM23,245 apabila menjadi mangsa penipuan Macau Scam selepas diperdaya dua penjenayah yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Suprintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 43 tahun itu menyedari ditipu selepas gagal mendapatkan kembali wangnya yang konon digunakan sebagai jaminan penyelesaian kes dan mengelak daripada ditangkap oleh pihak polis.
Menurut Mohd Wazir, kejadian berlaku pada 23 Januari lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja sebuah bank dan memberitahu dia mempunyai ansuran bulanan pinjaman tertunggak selama tiga bulan.
"Seorang individu bernama Osman Hassan menghubungi mangsa yang menyatakan dia mempunyai hutang sebanyak RM30,000 dengan kadar bayaran ansuran bulanan RM675.
"Namun, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum suspek menyambungkan panggilan itu kononnya ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan kemudian disambut seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian memberikan maklumat akaun termasuk, kata laluan bank dan maklumat perbankan internet Bank Islam kepada 'pegawai polis' berkenaan.
"Mangsa juga diarahkan memasukkan wang ke dalam akaun miliknya sendiri sebagai wang jaminan untuk menyelesaikan kes mangsa yang dikatakan disiasat oleh pihak polis IPK Terengganu.
"Di dalam akaun Bank Islam, tersimpan wang milik mangsa berjumlah RM11,100. Mangsa juga memasukkan wang secara berperingkat iaitu RM1,000, RM4,000 dan RM5,000 ke dalam akaun yang sama," katanya.
Katanya, ketika mangsa memasukkan wang ke dalam akaun Bank Islam, dia mendapati ada transaksi pindahan wang ke tiga akuan yang tidak dikenali berjumlah RM23,245.
"Berasa ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada 31 Januari lalu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Modus operandi kes ini adalah suspek mendorong mangsa untuk membuat bayaran sebagai wang jaminan penyelesaian kes dan mengelak daripada ditangkap oleh pihak polis," katanya.
Noraniza Kamsani
Fri Feb 02 2018
Lelaki berusia 43 tahun itu menyedari ditipu selepas gagal mendapatkan kembali wangnya yang konon digunakan sebagai jaminan penyelesaian kes. - Astro AWANI/NORANIZA KAMSANI
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Pengarah syarikat pemborong alat tulis rugi RM98,550 ditipu 'pejabat pendidikan'
Seorang pengarah syarikat pemborong alat tulis kerugian RM98,550 apabila diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil 'pejabat pendidikan'.
Kontraktor rugi RM260,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor mengalami kerugian RM260,000 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.
Dijanjikan keuntungan forex 120 peratus, penjawat awam rugi RM21,550
Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM21,550 apabila diperdaya sindiket pelaburan matawang asing (forex) yang tidak wujud.
Pengarah syarikat rugi lebih RM400,000 diperdaya tawaran darjah 'Datuk Seri Utama'
Seorang pengarah syarikat kerugian RM406,400 selepas diperdaya dengan tawaran untuk mendapatkan darjah Seri Utama Mahkota Wilayah.
Angkara Macau Scam, simpanan, wang pusaka lebih RM2 juta lesap
Mangsa terpedaya menyerahkan butiran akaun apabila suspek mengarahkannya berbuat demikian kononnya untuk tujuan siasatan.
Wang lesap lepas isi maklumat di aplikasi Bank Negara palsu
Seorang peniaga membuat laporan polis mendakwa kehilangan wang simpanan berjumlah RM33,000 selepas mengisi maklumat perbankan di aplikasi mudah alih kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengurus kerugian RM11,000 ditipu pembelian dalam talian
Seorang pengurus di sini mendakwa kerugian lebih RM11,000 apabila hanya menerima sebahagian kecil penutup hidung dan mulut yang ditempah.
Lesap RM54,000, hasrat jual penutup hidung dan mulut terkubur
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Jururawat rugi RM22,200 selepas berkenalan dengan lelaki dari 'UK' di Facebook
Seorang jururawat di sini terpaksa menanggung kerugian RM22,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya warganegara United Kingdom (UK) di media sosial Facebook, bulan lalu.
Tanjung Piai Memilih: Kaum Cina tak mudah kena tipu - PM
Perdana Menteri berkata, kaum Cina di negara ini sudah melalui 14 pilihan raya umum termasuk beberapa pilihan raya kecil, dan mereka tidak akan mudah terperdaya dengan taktik mengelirukan itu.