PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa 7,527 premis perniagaan dalam Ops Kesan yang dilaksanakan bagi memantau kesan pelaksanaan kenaikan cukai perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata menerusi Ops Kesan itu juga 409 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya dan 25 aduan telah diterima pihaknya setakat ini.
"Notis dikeluarkan apabila kita dapati ada peniaga lakukan pelarasan harga (setelah kenaikan cukai perkhidmatan) kita mahu mereka jawab mengapa lakukan perubahan harga sedemikian, justifikasi harga itu dan sebagainya.
"Kita mahu memastikan tidak ada berlaku kenaikan harga yang tidak wajar dan tidak mematuhi undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Mesra Program Jualan Rahmah (PJR) dan Bazar Ramadan Rahmah di Tapak Tamu Mingguan Papar di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, Ops Pantau juga sedang dilaksanakan sejak hari pertama Ramadan pada Selasa lalu dan menerusi operasi itu 6,566 premis telah diperiksa, 226 aduan diterima dan 26 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lajut.
Armizan berkata Ops Pantau dilaksanakan bagi pemantau perkara berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan dan kepatuhan halal terutama pada bulan Ramadan ini serta Syawal yang bakal tiba.
"Kita lakukan pemeriksaan dan pemantauan secara lebih kerap dan bersasar ke atas bekalan barang yang menjadi tumpuan rakyat pada bulan Ramadan dan menjelang bulan Syawal seperti gula, ayam,telur ayam, minyak masak, tepung gandum, beras, barang basah dan barang untuk membuat kuih muih.
Katanya KPDN turut mempertingkatkan keberadaan 2,200 anggota penguat kuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna termasuk melalui Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna serta kereta peronda bagi mewujudkan ruang persekitaran perniagaan selamat dan beretika.
"Selain itu pegawai pemantau harga KPDN seramai 900 orang juga turut sama digerakkan bagi membantu pelaksanaan pemantauan harga di lapangan. Kita harap melalui Ops Kesan dan Ops Pantau juga operasi kita yang lain kepentingan rakyat itu dapat dijaga," katanya.
Mengulas mengenai PJR Ramadan, beliau berkata setakat ini sebanyak 70 program telah diadakan daripada sasaran 450 program di seluruh negara bagi membantu rakyat membeli barang keperluan dengan harga lebih murah berbanding pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Datuk Armizan Mohd Ali berkata menerusi Ops Kesan itu juga 409 notis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya dan 25 aduan telah diterima pihaknya setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.