KUANTAN: Bekas penyelia Felda dihukum penjara enam bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat dokumen palsu berhubung bayaran gaji peneroka seterusnya menggunakan wang gaji itu untuk menyertai pelaburan Forex.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aizat Ziadi, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan membuat dokumen palsu berhubung penerimaan bayaran tunai gaji peneroka.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Tanah Rancangan Felda Sebertak di Bera, antara November dan Disember 2020 semasa berkhidmat di situ dengan menandatangani sebahagian senarai akuan penerimaan bayaran tunai kepada peneroka.
Tindakan tertuduh dipercayai bagi menunjukkan peneroka terlibat telah menerima bayaran tunai bagi gaji November dan bayaran tunai pendahuluan Disember yang perlu diagihkan tertuduh.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 464(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes perbuatan tertuduh terbongkar selepas ibu pejabat Felda menerima aduan terdapat peneroka tidak menerima gaji, sedangkan wang tunai berjumlah RM89,520.40 bagi bayaran November dan RM61,273 bagi Disember untuk tujuan itu telah diserahkan kepada pejabat Felda Sebertak.
Tertuduh selaku pegawai pembayar didakwa memberikan penjelasan meragukan berhubung isu tersebut semasa siasatan dalaman Felda sebelum siasatan lanjut mendapati dia telah menggunakan wang itu untuk pelaburan Forex.
Terdahulu, peguam Mazura Ismail yang mewakili tertuduh merayu mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana anak guamnya telah insaf dan kesalahan tersebut juga menjadi punca perceraian tertuduh.
"Tertuduh kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji harian RM50. Dia juga telah memulangkan wang kepada sebahagian besar peneroka terlibat dan bertekad mahu berbuat demikian sehingga jumlahnya selesai," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon hukuman penjara dan denda kerana perbuatan tertuduh mencemarkan imej serta integriti Felda.
"Peneroka yang terlibat kebanyakan warga emas dan wang gaji itu diguna untuk menyara kehidupan seharian mereka, namun tertuduh menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi. Walaupun ada usaha membayar balik, namun perkara utama iaitu memalsukan dokumen dengan meniru tandatangan peneroka adalah kesalahan serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
Bekas penyelia Felda Muhammad Aizat Ziadi dihukum penjara enam bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dokumen palsu berhubung bayaran gaji peneroka. - Foto BERNAMA
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.