KUALA LUMPUR: Langkah untuk memperkemas peranan penggalakan pelaburan selain Pas Pelabur Strategik dan Pas Lawatan Profesional Nomad Digital, akan memudahcara usaha menjalankan perniagaan serta menjana pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) di Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata tiga elemen tersebut merupakan elemen pengupaya yang penting bagi menyokong ekosistem pelaburan dan perindustrian negara ini.
Malah, tegasnya, ini akan turut membolehkan Malaysia untuk memanfaatkan secara strategik aspek merekabentuk semula rantaian bekalan global yang menyaksikan banyak syarikat multinasional (MNC) menyasarkan Asean sebagai destinasi penempatan semula atau pengalihan dalam menjamin keselamatan barisan pengeluaran masing-masing dengan lebih baik.
"Pelaksanaan inisiatif bagi jangka masa terdekat ini turut melengkapkan pendekatan strategik yang sedang dimuktamadkan oleh MITI di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang akan mentransformasi segenap teras industri pembuatan kita.
"Pada masa sama, ini juga dapat membantu kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk berdaya maju dan cekap kos ke pasaran Asia Tenggara dan Asia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Usaha memudahcara terbabit telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada petang ini.
Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata dari segi memperkemas fungsi sebanyak 31 agensi penggalakan pelaburan sedia ada, MITI telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengurangkan pertindihan peranan serta tanggungjawab agensi berkenaan.
Penekanan itu turut membabitkan aspek menangani pelbagai isu yang berbangkit di sepanjang perjalanan pelabur di negara ini.
Beliau berkata, ini termasuk tindakan memperkukuh perkara seperti membimbing dan penjagaan pasca pelaburan untuk pelabur dengan tumpuan ke atas usaha merealisasikan FDI dan DDI yang diluluskan dalam tempoh masa singkat.
"Kerajaan juga akan secara proaktif mengeluarkan Pas Pelaburan Strategik yang membolehkan kemasukan ke Malaysia pada asas kemasukan pelbagai bagi pelabur yang diluluskan.
"Langkah ini akan dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang membolehkan pelabur strategik dapat tinggal di negara ini bagi tempoh minimum lima tahun dan dengan kemungkinan lanjutan selama lima tahun lagi," katanya.
Selain itu, bagi membantu menangani kekurangan tenaga kerja atau bakat industri berkemahiran tinggi serta profesional yang kritikal, kerajaan akan memperluas skop Pas Lawatan Profesional Nomad Digital untuk merangkumi kemahiran berkaitan pembuatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Tengku Zafrul berkata tiga elemen tersebut merupakan elemen pengupaya yang penting bagi menyokong ekosistem pelaburan dan perindustrian negara ini. - Gambar fail/Bernama
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
MITI-MIDA rancang kerjasama dengan institusi China rancakkan pelaburan dua hala
Tengku Zafrul berkata ia bertujuan mengukuhkan aliran pelaburan selain menggalakkan syarikat China meneroka peluang di Malaysia.
Lebih 85 peratus projek perkilangan dilulus telah dilaksanakan - Tengku Zafrul
Lebih 85 peratus projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2023 telah dilaksanakan setakat ini yang diterajui oleh MITI dan MIDA.
Melaka raih pelaburan diluluskan RM4.77 bilion pada suku ketiga 2023
Melaka berjaya meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM4.77 bilion dalam suku ketiga 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.