awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasar Dato Keramat: 46 peniaga terjejas akan terima tapak baharu

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
20:39 MYT
Pasar Dato Keramat: 46 peniaga terjejas akan terima tapak baharu
Anggota bomba yang bertugas memadamkan kebakaran di Pasar Dato Keramat pada 17 Mac lalu. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan semula Pasar Dato Keramat yang menjejaskan 46 peniaga akan dimulakan sebaik aktiviti meroboh dan membersihkan premis dilakukan dalam tempoh terdekat.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pembinaan semula itu akan melibatkan kerja pembaharuan sistem perparitan, pengudaraan dan fasiliiti lebih selesa.
Beliau yang mengadakan perjumpaan dengan penjaja Pasar Dato Keramat pada Rabu turut meminta cadangan peniaga jika ada sebarang penambahbaikan yang boleh diambil.
Arahan pembersihan tapak pasar itu dikeluarkan serta merta dan ia mungkin memakan masa dalam masa dua minggu.
Bagi peniaga yang berhasrat untuk berniaga menjelang bulan Ramadan, Annuar mencadangkan untuk memasang khemah besar di sekitar tapak Pasar Dato Keramat mengikut petak yang disediakan.
Tapak khemah yang akan digunakan adalah 10X10 kaki, dan bakal memanfaatkan seramai 24 peniaga.
BACA: Litar pintas dipercayai punca kebakaran di Pasar Dato Keramat - Bomba
BACA: Peniaga harap deretan kedai terbakar di Pasar Dato Keramat, dibangunkan semula
Kebakaran | Gerai di Pasar Keramat
Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Datuk Keramat memohon pihak berkaitan membina semula deretan kedai yang terbakar dengan kadar segera.
Pengerusinya Mohamed Tarmizi Mohamed Akil berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mencari jalan penyelesaian secepat mungkin kerana lokasinya yang strategik membantu perniagaan yang menjadi mata pencarian utama mereka.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Tan Sri Annuar Musa
#DBKL
#Kuala Lumpur
#Ramadan
#bomba
#kebakaran
#Melayu
#menteri
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan