KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat wajar ditangguh sehingga keadaan kesihatan awam benar-benar stabil, tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, adalah wajar mengambil pendekatan tunggu serta menangguh perkara-perkara yang akan merumitkan proses pemulihan ke arah endemik.
"Sebagai Menteri Kesihatan, wajar kita tunggu dahulu sehingga keadaan kesihatan awam stabil.
“Saya lihat semangat Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), walaupun beliau berkata akar umbi parti mahukan PRU lebih awal, tetapi dia serahkan hal itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Khairy yakin Perdana Menteri akan mengambil pandangan bukan sahaja soal pemulihan negara dan memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui oleh kerajaan dan pembangkang untuk reformasi institusi, tetapi juga pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kesihatan awam.
Menurutnya, ketika negara sedang menuju ke fasa peralihan pandemik maka penangguhan sementara perkara-perkara yang merumit termasuk PRU15 adalah wajar.
"Lebih baik kita tangguh dahulu perkara yang boleh merumitkan pemulihan ini, dan PRU15 adalah hal yang boleh ditangguh sehingga keadaan kesihatan awam lebih stabil," jelasnya.
Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, tahap kestabilan kesihatan awam selepas pembukaan sempadan negara hanya dapat diukur menerusi kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU).
"Kita akan mula buka sempadan pada 1 April ini dan kita nak tengok kesan kepada pembukaan itu dan kita jangka pembukaan yang akan dibuat dengan selamat dan tidak ada tekanan kepada sistem kesihatan awam.
"Tetapi apa yang kita tak tahu adalah dari segi varian baharu Omicron, ini kita masih pantau sebab kita tahu Omicron ini ada sub unit dan pakar di KKM sedang memantau. Kalau kita lihat negara Eropah, kadar jangkitan turun dan naik," katanya lagi.
BACA: Tahap kestabilan kesihatan awam diukur dengan jumlah kemasukan ke ICU
BACA: PAU2021: Tiada tekanan bubar Parlimen, Khairy anggap itu lambang manifestasi adab politik tinggi
Perhimpunan Agung UMNO 2021
Ahli Parlimen Rembau itu turut memberitahu, KKM juga akan memantau dari segi kelonggaran solat tarawih.
"Saya nak tengok selepas 1 April ini... lebih kelonggaran solat tarawih dan sebagainya, melonjak naik atau tidak, kes tak apa, cuma kemasukan hospital dan ICU itu saya nak lihat dalam beberapa bulan lagi, keadaan itu stabil atau tidak," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Fri Mar 18 2022
Khairy Jamaluddin berkata, ketika negara sedang menuju ke fasa peralihan pandemik maka penangguhan sementara perkara-perkara yang merumit termasuk PRU15 adalah wajar. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.