KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang disyaki berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di Internet daripada pihak berkuasa antarabangsa sejak enam tahun lepas.
Bagaimanapun akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) ACP Siti Kamsiah Hassan berkata sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terlibat melakukan kegiatan itu daripada sistem perkongsian maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabangsa (Interpol), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan National Center For Missing and Exploited Children.
Beliau berkata berikutan kekangan kakitangan terlatih untuk menapis dan meneliti maklumat diterima itu, hanya 103 alamat IP diperiksa yang membawa kepada penangkapan 50 individu.
“Maklumat yang diterima ini akan diteliti oleh unit siasatan Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC) D11 yang ketika ini hanya dianggotai tiga pegawai penyiasat berpangkat Inspektor.
“Oleh itu, D11 amat berharap peruntukan yang diumum kerajaan dalam Bajet 2022 melibatkan pertambahan perjawatan dan peruntukan kewangan dapat disalur dengan segera bagi memastikan bahagian ini dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani jenayah melibatkan kanak-kanak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat tahun lepas berkata peruntukan sebanyak RM13 juta dan 100 jawatan baharu diberi kepada D11 bagi memastikan sebarang bentuk keganasan dan jenayah terhadap golongan kanak-kanak dan wanita dapat dihentikan.
Siti Kamsiah berkata kertas kerja perancangan D11 mengenai peruntukan yang diberi itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam pada Mac lepas, dan kini pihaknya menunggu serta mengharapkan maklum balas yang positif.
Beliau berkata melalui peruntukan itu, pihaknya bercadang untuk menubuhkan MICAC di setiap kontinjen polis dengan sekurang-kurangnya seorang anggota penyiasat berbanding hanya tiga pegawai penyiasat di peringkat Bukit Aman ketika ini.
Katanya ia berikutan kegiatan melayari termasuk memuat naik dan memuat turun kandungan lucah kanak-kanak dilihat semakin meningkat setiap tahun.
“Berdasarkan maklumat yang kita terima, pada 2017 hanya 46 alamat IP disyaki terlibat dalam kegiatan itu dan ia meningkat kepada 2,660 alamat IP pada 2018, 2019 (9,017 alamat IP), 2020 (18,508 alamat IP), 2021 (48,752 alamat IP) dan 14,385 alamat IP pada tiga bulan pertama tahun ini.
“Jumlah penahanan juga menunjukkan peningkatan iaitu pada 2017 hingga 2019 hanya dua individu ditahan, kemudian meningkat kepada 22 orang pada 2020 dan 24 individu pada tahun lepas, manakala untuk tiga bulan pertama ini, dua orang telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.
Menurutnya trend peningkatan itu amat membimbangkan malah terdapat agensi-agensi penguatkuasaan antarabangsa yang menawarkan kerjasama kepada PDRM untuk mempertingkatkan lagi tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan berkenaan.
“Ini adalah masa yang amat perlu untuk kita memperkasakan Bahagian D11 dan unit MICAC dari segi perjawatan serta peralatan supaya lebih banyak data berkaitan kegiatan ini dapat dianalisis dan seterusnya membawa kepada penahanan mereka yang terlibat,” katanya.
Siti Kamsiah berkata penahanan pedofilia berusia 41 tahun berasal dari Lundu, Sarawak, yang dijatuhi hukuman penjara 48 tahun enam bulan dan 15 sebatan pada tahun lepas merupakan contoh penahanan yang dibuat melalui sistem perkongsian maklumat itu.
“Pedofilia itu bukan sahaja memuat naik video lucah kanak-kanak di ‘dark web’ atau web tertutup malah ada mengaku mencabul dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sejak dia belajar di sebuah universiti tempatan di Selangor pada 2002.
“Dia juga mengaku berkongsi perbuatan terkutuk itu dengan pedofilia lain di ‘dark web’ sekali gus menjadi dorongan perbuatan berkenaan diikuti oleh pedofilia lain,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Berikutan kekangan kakitangan terlatih untuk menapis dan meneliti maklumat diterima itu, hanya 103 alamat IP diperiksa yang membawa kepada penangkapan 50 individu. - Gambar hiasan
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
MCMC bukan 'polis internet', sekat kandungan lucah atas aduan, permintaan PDRM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menurunkan atau menyekat kandungan lucah berdasarkan permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kandungan lucah: KKD cadang sesi dialog bersama penyedia platform media sosial
KKD akan adakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang.
Muat naik kandungan lucah kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia
Awas jika memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar... seseorang itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
KDN warta perintah larangan terhadap tiga penerbitan
KDN berkata amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama serta norma hidup masyarakat di negara ini.
KPWKM pandang serius peningkatan alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
KPWKM memandang serius dapatan PDRM yang menerima 106,764 alamat IP berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak.
PDRM terima puluhan ribu alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
Akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.
TikTok bertindak ke atas lebih 7 juta akaun pengguna bawah umur
TikTok menggunakan pelbagai kaedah untuk memantau akaun yang dipercayai tidak jujur dalam mengisytiharkan usia.
Masyarakat perlu ambil peranan kekang kandungan pornografi
Sebarang bentuk aplikasi atau kemudahan jika tidak digunakan dengan baik boleh bawa kepada keburukan atau masalah kepada masyarakat.