BARCELONA: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik.
"Lebih daripada penjenamaan atau menamakan semula PEDi kepada Nadi, ada beberapa aktiviti yang akan direncanakan semula. Contohnya kita akan tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM, ketika ditemui selepas meninjau persiapan Pavilion Malaysia di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC2024) di sini, hari ini (Isnin waktu Malaysia) yang turut dihadiri Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Fahmi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC2024 dan dijadual menyampaikan ucap tama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu, yang merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association.
Fahmi berkata perencanaan semula PEDi kepada Nadi, termasuk tugas, tanggungjawab, aktiviti serta programnya itu merupakan hasil kaji selidik sepanjang tahun lepas, di mana antara dapatannya menunjukkan komuniti yang mengetahui dan hadir di PEDi sebelum ini, hanya mereka pada lingkungan dua ke tiga kilometer sahaja.
Beliau berkata ia juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu PEDi dirangka semula, bagi mengimbangi penambahan elaun diberikan kepada pengurus PEDi seperti diumum 29 Nov lepas.
"Jadi kita ambil hasrat perdana menteri, kita selaraskan berdasarkan hasil kaji selidik sepanjang 2023 untuk kita pastikan manfaat PEDi ini, dapat dirasai bukan hanya komuniti sekitar premis...Pihak MCMC dan kerajaan membelanjakan jumlah yang besar, jadi kita ingin lihat jumlah ini dimanfaatkan bukan hanya satu kampung atau satu taman, tetapi lebih luas," katanya.
Ke arah tujuan yang sama, beliau berkata bagi meluaskan manfaat Nadi termasuk kepada golongan muda, fungsinya juga akan diteliti untuk turut merangkumi aktiviti dan program di luar premis.
Fahmi berkata pihak kementerian turut sedia membantu antara lain Kementerian Pendidikan, dalam meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan rakyat, terutama masalah penipuan dalam talian serta manfaat dan bahaya media sosial.
"Ini kita akan lakukan melalui MCMC, Nadi dan sejumlah platform media sosial dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan program itu akan direncana dan diumum kemudian. Saya lihat ini satu cara untuk kita bawa Nadi dalam komuniti dan merapatkan lagi pusat sebaran maklumat ini dengan komuniti," katanya.
Sementara itu, Mohamad Salim berkata MCMC mengambil peluang untuk membawakan Nadi di Pavilion Malaysia, sebagai contoh kepada dunia bagaimana program itu membantu memupuk dan memperkasakan rakyat Malaysia, khususnya di luar bandar, dalam meningkatkan kadar celik digital dan menambah baik status sosioekonomi mereka melalui keusahawanan, terutamanya sebagai usahawan dalam talian.
"Kami mahu mempamerkan Nadi untuk membolehkan orang ramai dalam industri mengetahui fungsinya. Fungsi Nadi iaitu kami menyediakan peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar atau bandar, menjalankan perniagaan mereka dalam talian dan menjangkau ke bahagian lain di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Fahmi berkata peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas. - Foto fail/BERNAMA
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Pelihara sekiranya tidak mahu kehilangan khazanah 'megadiverse' negara
Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi berbanding dengan negara-negara seperti Afrika dan Amerika Syarikat dan khazanah yang ada di negara ini harus dinikmati, disayangi dan dicintai demi masa hadapan untuk generasi yang akan datang.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China. Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Ketibaan beliau dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan.
Polis Melaka tawar diskaun saman 50%
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka.
PEDi dikenali sebagai Nadi mulai 1 Mac - Fahmi
PEDi akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac.
Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi
Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian.
PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024 - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini.
PADU mudahkan kerajaan negeri rancang belanjawan lebih tepat - Aminuddin
PADU memudahkan kerajaan negeri mendapat maklumat dan merancang belanjawan negeri dengan lebih tepat, kata Aminuddin Harun.
Jentera PEDi, MPP, Ahli Parlimen bantu rakyat daftar PADU - Fahmi
Pasukan PEDi dan Majlis Perwakilan Penduduk akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam PADU.
14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.
PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.
Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.