Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menganggap pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalas jawatan Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri sebagai isyarat perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat.
"Pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat dan Hishamuddin akan ambil alih jawatan untuk memastikan kesinambungan dan hayat UMNO dalam pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menganggap pelantikan Hishamuddin bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Datuk Seri Ahmad Zahid.
“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar (Ahmad) Zahid untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi Naib Presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula menganggap dengan pelantikan itu, Hishammuddin merupakan orang kedua paling berkuasa.
"Hishammuddin mungkin bukan Timbalan Perdana Menteri tetapi beliau jelas menjadi orang kedua paling berkuasa dalam kerajaan UMNO/BN," kata Lim dalam satu kenyataan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berasingan menyatakan sokongan beliau terhadap pelantikan Hishammuddin.
"Saya menyokong tugas baharu yang diberikan untuk membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Hishammuddin dalam satu kenyataan hari ini menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan beliau sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
"Ini keputusan perdana menteri sendiri, jangan ada mana-mana pihak cuba nak gembar-gemburkan atau cuba nak cari perkara-perkara yang boleh laga-lagakan kita pulak kerana Datuk Seri Zahid telah buat kenyataan dia setuju perkara ini," katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.
Irwan Muhammad Zain
Wed Apr 12 2017
Menurut Salahuddin, "Pelantikan Hishamuddin sebagai menteri tugas-tugas khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan perdana menteri. - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.