KUALA LUMPUR: Pelantikan semula mengetuai portfolio yang sama sedikit sebanyak memberi kesinambungan kepada dasar yang telah dilaksanakan sejak 18 bulan lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, pelantikan tersebut membantu beliau dan pasukannya di Kementerian Kewangan (MoF) untuk memberi tumpuan kepada membantu rakyat dan peniaga yang amat terkesan oleh pandemik COVID-19.
"Justeru, kesinambungan itu penting dari segi dasar, pelaksanaan, pemantauan dan keberhasilan.
"Kami (MoF) masih membuat laporan mingguan (laporan LAKSANA) untuk memberi gambaran kepada rakyat mengenai hasil atau pelaksanaan dari segi inisiatif yang telah diumumkan," katanya pada program Inklusif: 100 Hari Mendepani Cabaran, Memperkasa Ekonomi #Keluarga Malaysia terbitan RTM, semalam.
Menjawab persoalan mengenai usaha untuk memperkukuh dasar asas kepada rakyat yang terkesan oleh pandemik COVID-19, Tengku Zafrul berkata MoF menggunakan kaedah interaksi libat urus dengan peniaga, persatuan dan pihak berkepentingan untuk mengetahui masalah yang dihadapi golongan ini.
"Jika kita lihat kepada perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKSM) merupakan golongan yang paling terkesan.
"Itu sebabnya kita meneruskan inisiatif atau bantuan Geran Khas Prihatin yang mana peruntukan pembayaran berjumlah kira-kira RM6.08 bilion diberikan kepada 1 juta PKS mikro," katanya.
Beliau berkata cabaran utama yang dihadapi PKS terutamanya dalam sektor-sektor yang terkesan seperti peruncitan dan pelancongan merupakan modal kerja.
"Kita telah memberi bantuan dari segi pembiayaan, moratorium dan sebagainya, namun, jika mereka masih lagi memerlukan bantuan, MoF sedang memperhalusi cara untuk lebih fokus kepada kumpulan peniaga dalam Bajet 2022," katanya.
Tengku Zafrul berkata melalui kenyataan pra-bajet dan pentas konsultasi awam, sebagai usaha untuk menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, langkah ini telah membantu kerajaan dalam mendapatkan input dan maklum balas dalam beberapa bidang.
"Ramai rakyat Malaysia, syarikat dan persatuan telah memberi maklum balas yang baik dan banyak yang akan kita gunakan dalam Bajet 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Tengku Zafrul berkata cabaran utama yang dihadapi PKS terutamanya dalam sektor-sektor yang terkesan seperti peruncitan dan pelancongan merupakan modal kerja. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Terengganu, Kelantan terima wang ihsan lebih RM230 juta minggu lalu
Kerajaan Persekutuan menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lalu bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.
Pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi ditangguh, MOF belum bentang RUU
HVGT pertama kali diumumkan dalam Bajet 2023 yang disemak semula yang dibentangkan pada Februari tahun lepas.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
MOF: Pengecualian CGT ke atas unit amanah kurangkan unjuran hasil pendapatan negara
Pengecualian Unit Amanah daripada pengenaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sudah pasti akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.