MIRI: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui di dalam sungai oleh sekumpulan sembilan pemancing udang galah sekitar Kuala Baram, di sini, semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pada kira-kira jam 3.45 petang, pihaknya menerima panggilan daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang memaklumkan tentang penemuan tersebut.
"Lee menghubungi pihak bomba setelah dimaklumkan tentang penemuan mayat lelaki berusia 60-an itu oleh salah seorang daripada pemancing itu," katanya dalam satu kenyataan.
Anggota dari BBP Lutong dikerahkan ke lokasi kejadian dan mereka turut dibantu oleh anggota BBP Lopeng.
Sementara itu, Suara Sarawak memetik Henry berkata, beliau berada di lokasi kejadian bersama-sama kesemua pemancing terbabit bagi membuat pengesahan penemuan mayat tersebut.
Katanya, pengesahan mayat dibuat setelah pihak bomba dari BBP Lopeng datang untuk membantu di lokasi bagi mengangkat mayat.
“Mangsa merupakan lelaki berusia sekitar 60-an dan setelah diperiksa, mangsa mengalami kecederaan iaitu kehilangan kedua-dua belah tangan dan kaki,” tambahnya.
Devonshire Sikem
Sun Apr 21 2024
Mayat seorang lelaki berusia 60-an ditemui terapung di sungai oleh sekumpulan pemancing sekitar Kuala Baram pada petang Ahad. - Foto JBPM Miri
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai
BBP Lutong menerima panggilan daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang memaklumkan tentang penemuan mayat itu.
Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air
Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines di sini hari ini.
Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam
Siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing.
Mayat tanpa identiti ditemui terapung dekat jeti
Maritim Malaysia Perak menemukan satu mayat terapung berhampiran Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di Parit Buntar pada Sabtu.
Pemuda hilang tiga hari ditemukan mati dalam parit
Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit.
Mayat terapung: Wanita cari siput maut dipatuk ular - Polis Kanowit
Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Ulu Machan, Kanowit.
Mayat lelaki tanpa identiti, leher diikat batu ditemui terapung
Hasil siasatan awal mendapati, tangan, kaki dan leher mayat tersebut dalam keadaan terikat dengan tali bersama sebongkah batu di muara sungai.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Kepulauan Sembilan
Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di sekitar perairan Kepulauan Sembilan di Lumut, sekitar jam 3.35 petang semalam.
Mayat tanpa identiti, bertatu ditemui terapung di Tasik Bukit Merah
Pemeriksaan mendapati mayat tersebut mempunyai tatu di lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan 'ushra' di lengan kanan.