awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori sedang makan bersama rakan maut ditetak

Bernama
Bernama
09/01/2018
10:48 MYT
Pemandu lori sedang makan bersama rakan maut ditetak
Mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada kepala dan beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba. - Gambar hiasan
Seorang pemandu lori berusia 27 tahun maut setelah diserang empat lelaki di sebuah kedai makan di Jeram, Kuala Selangor dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Asri Abd Wahab berkata dalam kejadian 9 malam itu, mangsa, S. Mohan yang sedang makan bersama tiga rakannya diserang empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang.
"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri telah diserang dan ditetak berkali-kali sebelum penyerang melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi menghala ke Kapar, Klang.
"Kesemua rakan mangsa yang turut diserang, bagaimanapun berjaya melarikan diri dan sedang dikesan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemilik kedai makan itu segera menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kejadian berkenaan.
Mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada kepala dan beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.
Motif kejadian masih disiasat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#kereta
#Klang
#Kuala Selangor
#lelaki
#mangsa
#maut
#maut ditetak
#meninggal dunia
#Myvi
#Perodua
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan