Seorang pemandu pelancong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau atas dakwaan mengendalikan harta pengganas melalui sebuah akaun bank bagi tempoh enam bulan bermula Oktober tahun lalu.
Tiada pengakuan di rekodkan tertuduh, Lisoffuan Abdullah, 37, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abd Moati.
Mengikut pertuduhan, Lisoffuan didakwa melakukan kesalahan itu dalam jangka masa antara 21 Oktober 2015 hingga 29 April 2016 dengan menggunakan sebuah akaun bank tempatan dari cawangan Bayan Lepas bank terbabit bagi mengendalikan harta seorang pengganas, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 41.
Berikutan itu, dia didakwa telah membenarkan perkhidmatan kewangan membabitkan keluar masuk wang bagi manfaat pengganas terbabit.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana harta tersebut.
Kes berkenaan dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafiq Mahadi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh baharu sebagai sebutan semula kes dan mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Mahkamah juga menetapkan tiada sebarang jaminan dicadangkan terhadap tertuduh.
Muhammad Joraimee, yang merupakan bekas pekerja majlis perbandaran tempatan, bersembunyi di selatan Filipina dan menyertai kumpulan militan Abu Sayyaf.
Nama beliau bersama empat lagi individu berada dalam senarai dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April 2014.
Menurut laporan, Muhammad Joraimee adalah sebahagian daripada perancangan utama dalam membentuk militan Daish secara "rasmi" di Asia Tenggara, dengan membawa semua anggota di Malaysia, Indonesia dan Filipina berada di bawa satu kawalan.
Astro Awani
Tue Jun 14 2016
Anggota polis membawa Lisoffuan Abdullah ke Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi menghadapi pertuduhan pagi tadi. - fotoBERNAMA
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.