KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu mengelar tangan anak tiri lelakinya dan memaksa anak tiri perempuannya meminum air kencing.
R. Segaran, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Dia didakwa mengelar tangan anak tiri lelakinya yang berusia 14 tahun satu bulan di sebuah rumah flat di Dang Wangi di sini pada 5 pagi 15 Dis lepas dan memaksa anak tiri perempuannya yang berusia 10 tahun satu bulan meminum air kencing melalui botol pada 7 pagi hari berikutnya di tempat sama.
Bagi kedua-dua kesalahan, Segaran didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang dengan keselamatan kedua-dua mangsa jika tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan ikat jamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Feb untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
R. Segaran, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. - Gambar hiasan
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Pemandu peribadi didakwa kelar tangan anak tiri, paksa minum air kencing
Seorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan iaitu mengelar tangan anak tiri lelakinya dan memaksa anak tiri perempuannya meminum air kencing.
Kanak-kanak didakwa didera pengasuh, polis sahkan terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun satu bulan oleh pengasuh di kawasan Sikamat di sini seperti yang tular di media sosial.
Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai memukul anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, di sini, petang semalam.
Bapa, kekasih mengaku bersalah abaikan anak tujuh tahun
Seorang bapa dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki sehingga kesihatannya merosot, dari Julai sehingga Oktober tahun ini.
Kanak-kanak jadi mangsa dera bapa kandung, kekasih
Penderitaan seorang kanak-kanak yang didera bapa kandung dan teman wanita lelaki itu sejak enam bulan lalu berakhir di Taman Pulai Jaya, Skudai.
Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya, yang didakwa atas dua pertuduhan menganaiya dan mengabaikan anak kandungnya, kepada 1 November.
Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu
Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.