Pembangkang tidak seharusnya menghina rakyat yang menerima bantuan daripada kerajaan sekiranya mereka sendiri tidak mampu membantu golongan memerlukan.
Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata tindakan pembangkang itu adalah tidak wajar kerana rakyat yang susah sememangnya perlu dibantu.
Sham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu mengambil contoh pemberian anak ayam menerusi program Titik Sentuhan kepada penduduk kawasan tersebut baru-baru ini yang diperlekehkan oleh pembangkang.
"Kita bagi sumbangan setiap tahun dan janganlah pembangkang memperlekehkan rakyat dengan mengambil kesempatan menghina mereka yang menerima bantuan tersebut.
"Bantuan itu juga bertujuan memberi peluang kepada rakyat menternak ayam. Pembangkang hanya bercakap tetapi tidak membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas program Sumbangan Bantuan Persatuan Beng Huat Seng Seah Bagan Serai kepada 300 fakir miskin di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas kenyataan Adun Kuala Kurau Yunus Jamhari yang menyifatkan pemberian 20 ekor anak ayam dan 10 kilogram dedak baru-baru ini sebagai usaha memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2018
Sham berkata tindakan pembangkang itu adalah tidak wajar kerana rakyat yang susah sememangnya perlu dibantu. -Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Bapa kandung, ibu tiri ditahan, disyaki dera kanak-kanak 6 tahun
Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpong, Bagan Serai.
Tular video gaduh: Dua remaja perempuan berdamai, tidak mahu panjangkan kes
Polis mengesan video tular berdurasi 48 saat memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara dua daripada sekumpulan remaja perempuan.
Seorang maut, 9 cedera tayar van pecah
Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu dipercayai berpunca daripada tayar van jenis Toyota Hiace yang dinaiki mereka pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas.
Mayat bayi perempuan membengkak dan membusuk ditemukan di batas sawah
Mayat bayi perempuan ditemukan dalam keadaan membengkak dan membusuk di batas sawah padi berhampiran Lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri.
Bomba selamatkan pemandu lori terperangkap dalam banjir kilat
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Empat jari tersepit dalam mesin proses kulit karipap
Empat jari tangan kanan remaja perempuan berusia 18 tahun tersepit di dalam mesin membuat kulit karipap.
Bekas ADUN Selinsing meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Husin Din meninggal dunia di Hospital Taiping sekitar jam 10.45 pagi ini.
PKPD di Bagan Serai dan Kerian, Perak
Kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Bagai Serai dan Kerian, Perak berkuat kuasa 27 Mei sehingga 9 Jun.
Panjut bentuk kapal selam KRI Nanggala tanda simpati
Panjut itu direka sebagai penghormatan kepada 53 kru Nanggala 402 yang terkorban dan tanda sokongan kepada rakyat Indonesia.
Lelaki rentung dalam kereta terbakar di Kuala Kurau
Seorang lelaki tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula di Bagan Serai pagi tadi.