awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan pesat, tiada saliran punca banjir kilat di Kota Kinabalu - Bung Moktar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
22/09/2021
04:07 MYT
Pembangunan pesat, tiada saliran punca banjir kilat di Kota Kinabalu - Bung Moktar
Bung Moktar beri jaminan satu penyelesaian tuntas dan segera akan diambil bagi mengatasi masalah banjir di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Pembangunan pesat Kota Kinabalu dan penambahan populasi antara punca berlakunya banjir kilat di bandar raya itu sejak minggu lalu.
Ia termasuk pembinaan jalan-jalan alternatif dan jalan Pan Borneo yang tidak menyediakan saliran serta pemparitan
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, lebih memburukkan keadaan, sikap masyarakat yang membuang sampah di longkang sehingga menyekat laluan air.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, memberi jaminan satu penyelesaian tuntas dan segera akan diambil pihaknya bagi mengatasi masalah banjir di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar.
"Sebab itu pada 24 September ini saya akan mempengerusikan satu mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Khas bagi mengetahui punca dan faktor berlakunya masalah ini.
"Mesyuarat ini juga kan mencari penyelesaian kepada situasi banjir ini. Kalau hujan pun mungkin satu tahun, kita tidak akan banjir," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Junz Wong (Warisan-Tanjung Aru) yang ingin tahu sama ada pembinaan Jalan Pan Borneo punca kepada banjir kilat di bandaraya Kota Kinabalu.
Menjawab soalan asal Tan Lee Fatt (DAP-Likas), Bung Moktar menjelaskan banjir kilat di bandaraya itu minggu lalu berlaku apabila sistem pemparitan sedia ada penuh dan tidak dapat menampung aliran air mengakibatkan limpahan.
BACA: Banjir Sabah: 125 mangsa dipindahkan di dua daerah
BACA: Lima daerah di Sabah dilanda banjir kilat
Topic Berkaitan
#banjir
#Bung Moktar
#Kota Kinabalu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan