BATU PAHAT: Seorang pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) Februari lepas.
Lim Guan Yan, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada kira-kira pukul 7 pagi di Batu 21 Jalan Muar-Parit Sulong pada 27 Feb lepas, yang menyebabkan kematian Mohd Riduan Abdullah, 58.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 133), yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Tan Song Yan.
Mahkamah yang menetapkan 20 Jun untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam, membenarkan Lim yang tinggal di Muar diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di Balai Polis Muar setiap bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Lim Guan Yan (dua, kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Batu Pahat hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki OKU, tiga bulan lalu. --fotoBERNAMA
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Muhamad Hasrulnizam membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret.
Lapan lelaki didakwa sertai perhimpunan haram, sebabkan kecederaan
Mereka dituduh secara bersama menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki.
Kes pukul pemandu hingga mati, 5 suspek didakwa di mahkamah esok
Tiada sebarang perincian lanjut diberikan mengenai seksyen atau akta pertuduhan yang akan dikemukakan.
Bekas ADUN Air Putih bebas tuduhan cabul isteri kepada rakannya
Mahkamah Majistret Ampang hari ini melepaskan dan membebaskan bekas ADUN Air Putih Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri kepada rakannya, empat tahun lepas.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.