MARANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberi insentif sebanyak RM50 kepada para peniaga yang menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang bulan Ramadan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata insentif sebanyak RM20 juga akan dimasukkan ke dalam e-Dompet setiap pengunjung Bazar Rahmah terbabit sekiranya mereka melakukan pembayaran secara tanpa tunai.
"Pemberian insentif ini adalah untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai selain mengurangkan risiko pencemaran silang kerana bila bayar dengan wang tunai dan lepas itu pegang pula makanan maka akan timbul pula isu kebersihan," katanya pada sidang media mengenai Operasi Bazar Ramadan 2024 di sini hari ini.
Bagaimanapun, Wan Sukairi berkata pemberian RM20 itu adalah terhad kepada 1,000 pengunjung sahaja di setiap Bazar Rahmah.
Beliau juga berkata KPDN bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membuka Bazar Rahmah di setiap lapan daerah di Terengganu untuk memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan Menu Rahmah yang berharga di bawah RM5.
"Kita sasarkan sekurang-kurangnya 40 peratus peniaga boleh jual Menu Rahmah di kesemua Bazar Rahmah ini. Ia bukan wajib tapi kita galakkan," katanya.
Secara keseluruhan, Wan Sukairi berkata terdapat 55 lokasi bazar Ramadan di seluruh Terengganu tahun ini membabitkan 4,086 peniaga yang telah berdaftar dengan PBT dan mereka diingatkan agar menitikberatkan isu keselamatan serta kebersihan makanan selain lokasi jualan.
"Tindakan tegas juga akan diambil kepada mana-mana peniaga yang menyewakan lot niaga kepada warga asing.
"Kalau berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat yang ditetapkan, tindakan perundangan boleh diambil dan notis serta kompaun akan dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Penjaja," katanya.
Beliau juga berkata tumpuan penguatkuasaan akan dipertingkat di beberapa tapak bazar Ramadan yang dikategorikan sebagai 'hotspot' seperti di Dataran Syahbandar, Jambatan Angkat dan Batu Buruk susulan bilangan pengunjung yang tinggi serta banyak isu berkaitan kebersihan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Wan Sukairi berkata insentif RM20 juga akan dimasukkan ke dalam e-Dompet pengunjung Bazar Rahmah jika mereka membuat pembayaran secara tanpa tunai, namun terhad kepada 1,000 pengunjung sahaja di setiap Bazar Rahmah. - Gambar fail
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Antara 11 mangsa yang maut ialah seorang penunggang motosikal, seorang guru dan sembilan pelajar.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.