awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara dimulakan serta-merta - Loke

Bernama
Bernama
24/03/2025
10:03 MYT
Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara dimulakan serta-merta - Loke
Anthony Loke berbincang sesuatu bersama Ketua Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin (kiri) ketika mengadakan lawatan di Stesen KTM Padang Besar hari ini. - Bernama
ALOR SETAR: Pembinaan 12 set tren elektrik baharu untuk perkhidmatan Komuter Utara akan bermula serta-merta dan dibekalkan secara berfasa dalam tempoh 36 bulan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd melalui tender terbuka, bagi perolehan 12 settren Three Car Set (3CS) pada 20 Mac lepas.
"Tren pertama dijangka diterima dalam 22 bulan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Stesen KTM Alor Setar, di sini hari ini.
Beliau berkata kos keseluruhan projek itu RM283 juta, merangkumi reka bentuk, pembinaan, penghantaran, pengujian dan pentauliahan tren, sebelum diserahkan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) untuk operasi penuh.
"Perolehan 12 set tren baharu ini dijangka akan meningkatkan frekuensi perkhidmatan KTM Komuter Utara, sekali gus mengurangkan waktu menunggu penumpang dan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa, moden dan efisien," katanya.
Loke berkata sejak 2023 Kementerian Pengangkutan melalui KTM, telah melaksanakan penambahbaikan untuk perkhidmatan KTM sektor utara, termasuk menempatkan semula gerabak-gerabak kereta api Subang Skypark ke sektor utara, untuk menambah kekerapan perkhidmatan KTM Komuter Utara.
Beliau berkta selain itu, penambahbaikan itu turut memanjangkan perkhidmatan KTM Komuter dari Butterworth-Padang Rengas ke Ipoh.
Loke berkata antara 2023 dan 2024, jumlah purata penumpang harian KTM Komuter Utara telah melonjak 29 peratus daripada 12,668 kepada 16,363 penumpang.
"Ini sekali gus membuktikan langkah penambahbaikan sebelum ini telah berhasil dan perkhidmatan komuter semakin menerima sambutan dalam kalangan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Komuter Utara
#Tren Elektrik
#set tren baharu
#Anthony Loke
#Surat Setuju Terima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan