KUALA LUMPUR : Malaysia perlu meningkatkan lagi usaha memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai cara berkesan untuk mengurangkan atau berhenti merokok.
Presiden Persatuan Insaf Murni Malaysia, Dr Khafidz Mohd Ishak berkata, usaha ke arah itu masih kurang di sebalik pelaksanaan penguatkuasaan dan strategi tertentu.
"Kita telah melaksanakan banyak strategi tetapi yang mengawalnya ialah penawaran dan permintaan dalam merokok.
"Walaupun langkah seperti menaikkan cukai dan penguatkuasaan terhadap pengiklanan serta promosi dilakukan, tetapi apa yang kurang adalah mengenai pendidikan.
"Ia bermakna, terdapat kekurangan dalam mendidik orang ramai tentang bahaya merokok.
"Dan kita juga tidak mendidik mereka tentang cara kurangkan merokok atau berhenti merokok," katanya ketika hadir pada persidangan bertajuk 'Evolving Treatment Methodologies In Addiction Conference 2022' di sini pada Sabtu.
Khafidz juga mencadangkan agar program pendidikan bahaya merokok diperluaskan lagi di platform media pada ketika ini agar mesej itu sampai kepada generasi muda khususnya.
"Di negara kita, perokok selalu dinasihatkan untuk berhenti merokok, namun tiada mesej atau pendidikan bagi tindakan susulan untuk memastikan mereka mengambil langkah terbaik bagi berhenti merokok.
"Jadi dengan tiadanya pendekatan toleransi ini, saranan supaya perokok berhenti merokok tidak berhasil," katanya lagi.
Justeru, beliau melihat cara yang lebih lembut seperti mencadangkan terapi tabiat merokok dan kaunseling kepada perokok atau pengenalan ubat yang sesuai untuk mereka.
"Pada 2011, 23 peratus penduduk merokok di negara ini. Pada 2019, selepas 8 tahun, smoking prevalence ialah 21 peratus. Pengurangan kurang dua peratus dalam tempoh lapan tahun ini.
"Jadi, kalau hanya penguatkuasaan dilakukan, ia tidak akan membantu di negara kita," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Sat Jul 30 2022
Walaupun langkah seperti menaikkan cukai dan penguatkuasaan terhadap pengiklanan serta promosi dilakukan, tetapi apa yang kurang adalah mengenai pendidikan. - Gambar hiasan
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Keluarkan 'GEG tak masuk akal' dari RUU Kawalan Tembakau - Gagasan Belia
Katanya, RUU ini akan menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat sejagat sekiranya diterima dalam bentuknya yang sedia ada.
'Pendidikan mengenai cara berhenti merokok masih kurang'
Usaha ke arah itu masih kurang di sebalik pelaksanaan penguatkuasaan dan strategi tertentu, kata Khafidz.
Inisiatif pengurangan kemudaratan tembakau (THR) wajar dipertimbangkan, keberkesanan lebih tinggi
Langkah mengurangkan kemudaratan tembakau akibat tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipertimbangkan oleh kerajaan.
Duti import gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan - KKM
Duti import sebanyak 15 peratus yang akan dikenakan ke atas gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan kerana produk itu membantu perokok berhenti merokok.
15 dikompaun merokok di premis makanan
Sebanyak 25 premis makanan diperiksa sepanjang operasi tersebut iaitu di sekitar Bazaar 8, Ayer@8, Presint 8, Presint 9, dan Presint Diplomatik.
Pandemik COVID-19 masa terbaik buang tabiat buruk merokok - Pakar
Sewaktu merokok, perokok akan mencederakan lapisan saluran udara serta paru-paru dan menyebabkan mereka mudah dijangkiti COVID-19.
Perokok dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi dua kali ganda lebih teruk
Data diperoleh daripada kajian terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.
FDA benarkan jualan iQOS sebagai produk tembakau kurang risiko
Kebenaran ini memerlukan Philip Morris menjalankan pemantauan pasca pemasaran bagi memastikan pematuhan MRTP termasuk potensi peningkatan penggunaan dalam kalangan remaja.
Komplikasi COVID-19 lebih teruk kepada perokok aktif, perokok pasif
Virus yang menyerang saluran pernafasan dan paru-paru itu turut memberi komplikasi teruk kepada kumpulan perokok pasif termasuk kanak-kanak.
COVID-19: Kematian dalam kalangan perokok lebih tinggi
Mereka yang merokok lebih berisiko untuk mendapat komplikasi yang teruk sekirang dijangkiti COVID-19.