BALIK PULAU: Penduduk di Teluk Kumbar yang masih terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual memilih untuk mendapatkan air dari air bukit di Bukit Kampung Sepakat, Teluk Kumbar, kerana ia bukan sahaja bersih malah selamat untuk digunakan untuk minum dan masak makanan.
Kawasan Bukit Kampung Sepakat yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah orang ramai di situ, menjadi tumpuan penduduk sejak hari Rabu lepas bagi mendapatkan bekalan air bersih.
Seorang penduduk Muhamad Said, 60, berkata mata air dari air bukit itu telah wujud sejak lebih 30 tahun lepas, namun beliau dan pemilik kebun durian di situ telah membuat saluran paip dari atas bukit hingga ke kaki bukit, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan air sejak beberapa tahun lepas.
Beliau berkata kawasan kaki bukit itu sering menjadi tumpuan orang ramai untuk dapatkan air ketika berlaku gangguan air, termasuk semasa insiden Sungai Perai 18 Dis lepas yang mana penduduk di situ terputus bekalan air selama empat hingga lima hari.
"Sebelum ini penduduk kena naik atas bukit untuk ambil air, kat situ (atas bukit) memang ada takungan mata air sebab itu kami pasang paip kira-kira 100 meter dari atas bukit hingga kaki lima bukit supaya lebih mudah untuk orang ramai nak dapatkan air.
"Saluran paip itu dibawa terus ke tempat tadahan air di kaki bukit, jadi penduduk boleh mandi di sini juga, air memang jernih, tidak keruh dan tidak berbau, jadi selamat untuk masak dan minum...sini memang tumpuan penduduk ambil air," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagi Norhaslinda Samsuri beliau membawa anaknya datang mandi di situ, sebelum membawa balik beberapa tong air untuk kegunaan di rumah hari ini, kerana bekalan yang ada sudah hampir habis.
"Sejak gangguan bekalan air Rabu lepas, hari-hari kena angkut air bagi penuh kerana air yang disimpan setiap hari tak cukup, sebab di rumah ada ramai...hari ni saya bawa anak mandi siap-siap di sini sebab tak larat nak angkut air banyak, ambil air untuk buat makan dan minum," katanya air di situ bersih dan tidak pernah habis.
Abdul Rashid Said, 65, berkata beliau tidak ada pilihan lain selain mendapatkan bekalan air dari air bukit di situ, kerana memerlukan air yang banyak di rumah berikutan mempunyai anak istimewa.
"Memang kami simpan air sebelum ni tapi tak cukup, tu pak cik mai ambil sini sama yang depa hantar guna tangki tu pun pak cik ambil juga.. air nak pakai banyak kat rumah," katanya yang merupakan penduduk Kampung Sepakat.
Sementara itu, petugas yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Masjid Ridwaniah di Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini bertugas selama 24 jam sepanjang gangguan air di kawasan itu berlaku bermula Rabu lalu.
Siak Masjid Ridwaniah Rosli Hashim berkata petugas masjid itu, membantu mengagihkan air dari tangki flexi yang diletakkan di luar masjid berkenaan kepada penduduk setempat, kerana dengan cara itu ia lebih memudahkan orang ramai untuk mengambil air memandangkan kawasan tersebut menjadi tumpuan bagi mendapatkan bekalan air.
"Sepanjang gangguan air berlaku, petugas masjid secara sukarela bertugas 24 jam membantu orang ramai mengagihkan air dari tangki flexi, mereka akan mengisi air ke dalam botol atau baldi yang dibawa penduduk.
"Ada penduduk yang datang dari Bayan Lepas dan Sungai Ara untuk mengambil air di sini, kerana kawasan mereka sudah kehabisan air," katanya.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan, tahap kedua pemulihan bekalan air telah bermula dari 6 pagi tadi dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke bahagian pulau dan menyasarkan untuk memulihkan bekalan kepada 495,065 pengguna menjelang 6 pagi esok.
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi pada Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.
Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Muhammad Said, 60, mendapat air bukit di kebun durian, Kampung Sepakat, Teluk Kumbar berikutan gangguan bekalan air hari ini. - Bernama
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
Penduduk ambil air Bukit Kg. Sepakat untuk kegunaan ketika gangguan bekalan air
Kawasan Bukit Kampung Sepakat menjadi tumpuan penduduk sejak hari Rabu lepas bagi mendapatkan bekalan air bersih.
Masalah bekalan air di Jertih jejaskan ekonomi penduduk setempat
Antara yang terkesan dengan masalah itu ialah perniagaan kedai dobi dan pengusaha resort di dalam kawasan tersebut.
P. Pinang sedia tangki air jumbo di setiap daerah bagi persediaan hadapi gangguan bekalan
Chow Kon Yeow berkata PBAPP akan menyewa 10 tangki tersebut yang mempunyai kapasiti 20,0000 hingga 30,000 liter.
Gangguan bekalan elektrik di Sabah akibat cuaca tidak menentu
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan bantuan kontraktor yang dilantik sedang giat melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang terputus akibat cuaca tidak menentu.
Harga minyak sawit dijangka kekal tinggi, berlegar RM5,500 satu tan metrik tahun ini
Gangguan bekalan minyak sayuran utama timbul susulan keadaan cuaca kurang baik, ketegangan geopolitik dan masalah bekalan baja.
Raya tiada air bukan 'cerita lawak', pengguna kesal sambutan Aidilfitri terjejas
Kegembiraan menyambut Aidilfitri sesama keluarga terpaksa dipendekkan gara-gara bedepan situasi menyulitkan.
Gangguan bekalan telur ayam disebabkan permintaan, pembelian mendadak
Ladang ternakan ayam dan telur serta syarikat logistik penghantaran tidak beroperasi sepanjang dua hari cuti umum juga antara faktor penyumbang.
Gangguan bekalan air di Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu mulai esok - AKSB
Penduduk diminta menyimpan bekalan air secukupnya susulan penutupan sementara LRA Merbau Chondong untuk kerja-kerja pembaikan.
Memo gangguan ubat di HRPB untuk edaran dalaman bagi persediaan awal
Bekalan ubat-ubatan ini tidak terputus sepenuhnya, sebaliknya dibekalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan perolehan.
Gangguan air: 13 kawasan di Kuala Lumpur mula terima agihan bekalan
Kerja-kerja pembaikan paip berkenaan telah siap sepenuhnya dan bekalan air diagihkan setelah pemeriksaan kualiti menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).