GUA MUSANG: Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Sungai Ketil merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti persekolahan.
Wan Jasmy Wan Abdullah, 42, berkata pada Jumaat lepas, keadaan sungai nampak teruk dan warna air menjadi gelap namun situasi itu berkurangan menjelang waktu petang.
"Saya tidak pasti apa punca warna sungai ini jadi gelap sama ada daripada sisa bahan buangan atau sebaliknya tetapi ikan juga pernah dijumpai mati," katanya ketika ditemui pemberita di Rimba Wangi, di sini hari ini.
Khairul Ezwan Wahet, 47, pula berkata sungai itu menjadi antara kawasan rekreasi Rimba Wangi di bawah Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah dan mandi-manda.
"Saya harap pihak berkuasa memandang serius dan selesaikan segera masalah ini sekiranya sungai ini berlaku pencemaran," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata pihak berkuasa diminta mengambil tindakan termasuk mengambil sampel air kerana pencemaran sungai boleh mengganggu kesejahteraan dan keselamatan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Sungai Ketil merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti persekolahan. - Gambar Bernama
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin
LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.
Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan
Satu lokasi pembuangan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.
NRECC, Ocean Cleanup bekerjasama kurangkan pencemaran plastik di sungai Malaysia
Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam penyingkiran serta pengurusan sisa plastik sungai di Malaysia.
Johor kenal pasti 874 'hotspot' banjir - Onn Hafiz
Kerajaan Johor telah mengenal pasti 874 'hotspot' banjir di seluruh negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau
Sebuah premis pemprosesan makanan disyaki melepaskan efluen berbuih sehingga menyebabkan air berwarna putih berbuih dan berbau di sekitar Sungai Kecil, Kampung Rinching Semenyih pada Selasa.
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang
Ribuan ikan ditemui mati dan terapung di Kolam Tadahan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini dipercayai akibat pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa kilang.