SUNGAI BESAR: Penduduk di kawasan utara Selangor diharapkan untuk tidak salah memilih pemimpin dalam memastikan pembangunan negeri itu dapat diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri (DUN) pada Ogos depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penduduk khususnya di Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang dan Kuala Selangor perlu mengekalkan pemimpin yang mempunyai watak yang baik bagi menerajui kawasan berkenaan dalam memberi kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan di Selangor.
"Kita mempunyai watak yang baik untuk terus memimpin.. malam tadi saya telah mengumumkan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, kita pilih Ustaz Khir (Mohamad Khir Ramli) dalam memberikan kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan di Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@Sungai Besar dan Sentuhan Kasih Desa Selangor di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Mini KUD yang dilaksanakan hari ini merupakan antara satu terjemahan komitmen kerajaan, yang tidak pernah meminggirkan usahawan desa.
Mini KUD@Sungai Besar anjuran KKDW dari pukul 10 pagi hingga 10 malam yang berlangsung selama tiga hari akan berakhir esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berucap pada Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Selangor dan Mini Karnival Usahawan Desa di Stadium Sungai Besar, hari ini. - Foto BERNAMA
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.
Selangor realisasi tiga tawaran dalam tempoh 100 hari menang PRN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor merealisasikan tiga daripada lima 'Tawaran Kita Selangor' dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos lalu.
Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).
Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.
PRN: Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.
Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.
PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRN.