NILAI: Penempatan haram warga asing di Nilai Spring, di sini yang diserbu Jabatan Imigresen Malayia (JIM) Negeri Sembilan pada Rabu dipercayai mempunyai kemudahan lain seperti kedai runcit dan sekolah.
Berdasarkan risikan JIM juga, orang yang menghuni penempatan haram itu adalah bangsa Flores dari Indonesia iaitu sebuah pulau di provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia, namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama kawasan itu diduduki.
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, perkampungan berkeluasan 29,000 meter persegi atau kira-kira dua padang bola itu dikelilingi hutan tebal dengan jalan masuk tanah merah.
"Mereka juga didapati menggunakan generator untuk bekalan elektrik dan terdapat 30 struktur rumah kayu di situ meliputi tempat kediaman, stor kecil dan sekolah yang mempunyai silibus dari negara jiran.
"Salah satu struktur rumah di penempatan itu menempatkan barang-barang jualan runcit dan makanan basah berkemungkinan dijadikan kedai runcit untuk kemudahan penghuninya mendapatkan bekalan makanan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Ujarnya, pintu masuk penempatan itu dipasang beberapa tayar kereta yang berpaku selain terdapat beberapa anjing yang dibela berkeliaran di kawasan terbabit dipercayai digunakan sebagai pengawal di penempatan berkenaan.
"Ketika operasi dijalankan anggota penguatkuasa perlu berjalan kaki dengan berpecah kepada dua pasukan iaitu yang masuk melalui bahagian depan dan belakang penempatan supaya pergerakan tidak dapat dikesan.
"Selain itu, berdasarkan keluasan kawasan penempatan haram itu, kemungkinan ia diduduki antara 80 hingga 100 penduduk," katanya.
Tambahnya, pihaknya akan mengambil keterangan pemilik tanah serta penghuni yang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
"Pemantauan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen akan dilakukan dari semasa ke semasa supaya tiada individu ya g masuk semula ke penempatan haram ini, buat masa ini struktur rumah kayu juga tidak dirobohkan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati penempatan haram itu terletak berhampiran tapak pembinaan selain permukaan tanah tidak rata.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sebuah penempatan haram pendatang tanpa izin (PATI) di sini terletak sejauh 1.2 kilometer di dalam hutan dan mempunyai kemudahan sekolah diserbu dalam operasi penguatkuasaan bersepadu.
Dalam operasi itu, seramai 68 orang warganegara Indonesia telah diperiksa dan hasilnya seramai 67 orang berusia di antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.
Semua tahanan terbabit ketika ini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut atas kesalahan yang dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 02 2023
Perkampungan berkeluasan 29,000 meter persegi atau kira-kira dua padang bola itu dikelilingi hutan tebal dengan jalan masuk tanah merah. -Foto Sinar Harian
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
AS kecam komen 'melulu, mengapi-apikan' menteri Israel
AS mengecam sekeras-kerasnya komen beberapa menteri Israel yang mendesak untuk mewujudkan semula penempatan haram di Semenanjung Gaza.
Penempatan, kebun PATI digempur
Terdapat warga asing yang cuba bersembunyi hampir 30 minit di kawasan semak sebelum berjaya dijumpai dan merayu agar tindakan tidak diambil.
Imigresen kenal pasti 9 penempatan haram PATI sekitar KL
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur telah mengenal pasti sembilan penempatan haram pendatang tanpa izin yang didirikan di sekitar ibu negara.
EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat
Keputusan pihak berkuasa Israel tidak diterima oleh EU, menurut pejabat ketua dasar luar EU Josep Borrell.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
67 warga Indonesia ditahan, penempatan haram lengkap dengan sekolah dibongkar
Kawasan penempatan itu tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel perluas penempatan haram
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk membina lebih 3,000 unit penempatan baharu di wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
13 rakyat Palestin cedera diserang tentera Israel di Tebing Barat
Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin yang menyertai protes terhadap penempatan haram, dilaporkan cedera akibat keganasan tentera Israel, di utara Tebing Barat.
Lapor segera jika PATI bina penempatan haram - JIM Sabah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kawasan penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran perumahan mereka.
Kampung penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah rejim Zionis
Israel merobohkan lebih 76 bangunan termasuk rumah, khemah, tempat perlindungan haiwan ternakan, tandas dan panel solar.