SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat kerugian lebih RM 1.3 juta selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian pada bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
"Mangsa membuat 16 transaksi menggunakan wang miliknya sendiri dan syarikat dalam pelaburan tersebut.
"Mangsa membuat laporan itu semalam dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamad Hatta berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Seremban membuka 55 kertas siasatan membabitkan kerugian RM4.38 juta bagi tempoh Januari hingga 11 Jun membabitkan modus operandi yang sama.
Beliau berkata bagi tempoh itu, 23 individu dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
Mohamad Hatta berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan secara dalam talian dan sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.
Pesara rugi lebih RM134,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Beliau berkata sindiket itu menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam masa enam jam.
Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
Tergoda skim pelaburan di laman sosial, ahli perniagaan rugi RM688,300
Mangsa menyedari ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan keuntungan sebanyak RM2 juta sebagaimana dijanjikan setelah pelaburan mencapai tempoh matang pada 24 Januari lalu.
Pesara wanita rugi RM10 juta terperdaya skim pelaburan kripto
Mangsa memaklumkan menyertai skim pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang mempromosikan perkara itu.
Wanita warga emas rugi RM6.2 juta, terperdaya pelaburan tidak wujud
Ia merupakan jumlah kerugian paling tinggi melibatkan kes 'scam' di Perak setakat ini.
Pesara wanita rugi RM730,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya berminat untuk menyertai skim pelaburan saham ditawarkan melalui aplikasi Instagram yang menjanjikan keuntungan sebanyak 20 peratus.
Pelaburan tidak wujud, ejen insurans kerugian RM333,600
Ketua Polis Perak berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada lelaki itu yang berusia 46 tahun dari Taman Pari pada Selasa.
Kontraktor wanita rugi lebih RM416,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
Empat ‘scammer’ mengaku tidak bersalah tawar pelaburan tidak wujud
KB Raman Nair, M Yeohgeswary, R Rangini dan A Kaarthik membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan.