KLUANG: Seorang pengasuh berusia 30 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang cedera disyaki digigit seperti tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, wanita itu ditahan reman selama empat hari bermula Isnin susulan laporan dibuat pengadu berusia 30 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa.
"Ibu mangsa dan pengasuh tinggal di kawasan Taman Puteri Mas. Semakan mendapati laporan polis telah dibuat ibu bayi itu pada jam 5.30 petang, Rabu lalu.
"Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
BACA: Bayi cedera dipercayai digigit, polis akan panggil pengasuh
Menurut Bahrin, polis telah merakam percakapan pengasuh berkenaan pada kira-kira jam 10 malam pada Ahad.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi itu menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad tanpa mendedahkan lokasi rumah pengasuh berkongsi kejadian yang menimpa bayinya.
Ibu berkenaan turut mendakwa seorang lagi anak lelakinya pula dilempang sehingga trauma. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 15 2024
Seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi itu menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad tanpa mendedahkan lokasi rumah pengasuh berkongsi kejadian yang menimpa bayinya. - Gambar/ Sinar Harian
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Dua pengasuh ditahan dipercayai dera bayi autistik 11 bulan
Polis menahan dua pengasuh sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Semenyih, di sini kerana dipercayai mendera seorang bayi autistik berusia 11 bulan.
Pengasuh direman empat hari bantu siasatan kes bayi digigit
Seorang pengasuh berusia 30 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang cedera disyaki digigit seperti tular di media sosial.
Bayi dua bulan maut di taska, pengasuh telah ditahan - Polis
Polis menahan pengasuh sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan, Selasa lalu.
Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak dikasari penjaga tadika
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikasari penjaga tadika yang videonya tular di media sosial.
Reman pengasuh kes dera bayi hingga maut disambung
Tempoh reman seorang pengasuh yang ditahan berhubung kes bayi perempuan berusia enam bulan dipercayai didera sehingga meninggal dunia, Jumaat lalu, disambung tujuh hari lagi.
Bayi perempuan maut disyaki didera, pengasuh ditahan
Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini menunjukkan punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat objek tumpul.
Bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.
Pengasuh ditahan disyaki dera bayi
Ibu mangsa percaya anaknya telah didera berdasarkan beberapa kesan lebam ditemui di badan bayi berkenaan.
Bayi 8 bulan cedera digigit, pengasuh ditahan
Seorang pengasuh berusia 43 tahun ditahan Sabtu lepas kerana disyaki cuai sehingga menyebabkan seorang bayi jagaannya berusia lapan bulan cedera di muka dan telinga.